Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

SEBAB CUEPACS BANTAH SBPA

Panas sungguh semenjak dua menjak ni ye. Majikan dok suruh sain...kebanyakannya pada 20/12...pastu cuepacs pulak kata jangan sain sblm depa pi jumpa PM 22/12 ni...Mana satu?


Poning akak memikiorkannyo....camano nak buat tu?


Sebab musabab kenapa SBPA ni dibantah adalah:

  1. EXIT POLICY - tidak bersetuju dengan polisi SBPA yang menyebut kakitangan awam yang memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kurang daripada 70 peratus, boleh dibersarakan awal.
  2. Tidak begitu jelas mengenai golongan yang menikmati kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak memanggil wakil kongres itu untuk merangka SBPA, kerana sebelum ini, ia turut terlibat dalam penggubalan sistem yang menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kepada Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).
  4. Masa untuk penjawat awam memilih singkat - hanya 15 hari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...