Beberapa langkah sebelum membeli peti sejuk/peti ais/fridge baru adalah:
1. Jenama (Memilih peti sejuk apa? )
Sertai/layari discussion board/forumer tentang apa jenama fridge yang paling bagus. ianya berbeza-beza mengikut empunya diri / taste masing-masing. Contohnya Sini, Sini dan Sini.
Memang pening sbb macam-macam pendapat ada. Tapi bagi akak selepas tengok forum ni, akak shortlistedkan 3 jenama iaitu Hitachi, Sharp atau Toshiba.
Kenapa tak pilih jenama dari korea i.e LG, Samsung? ---- entahlah berbelah bagi jadinya bila tengok macam-macam pendapat dari forumer nih..
2. (Saiz) Nak berapa liter?
Senang kata nak beli peti ais besar ke kecik. Walaupun ada yang kata tengok bilangan ahli keluarga sebelum pilih tapi ada orang walau dianya ahli keluarga sekarang kecik dia nak beli peti ais besar...so terpulang pada individu..yelah bukan beli hari-hari..kena pandang masa depan ye dak?..he..he
Bila dah masuk bab litre ni, sebenarnya berkaitan dengaan peti ais jenis camana kita nak pilih....Side By Side, tiga pintu, dua pintu atau satu pintu..
Tengok sini.SINI untuk melihat jenis-jenis peti sejuk yang ada di pasaran (dari segi saiznya) .
Bila dah masuk bab litre ni, sebenarnya berkaitan dengaan peti ais jenis camana kita nak pilih....Side By Side, tiga pintu, dua pintu atau satu pintu..
Tengok sini.SINI untuk melihat jenis-jenis peti sejuk yang ada di pasaran (dari segi saiznya) .
3. (Efficiency) Jimat tenaga atau tidak?
Macamana nak tahu peti ais kita ni jimat tenaga (energy saving) atau tidak?...maknanya taklah banyak peningkatan bil elektrik bulanan kita selepas beli peti ais baru ni... haaa..boleh refer kat SINI
Pada peti ais (display di kedai) selalunya ada dipaparkan energy saving star supaya kita boleh memilih mana yang lebih cekap penggunaan tenaganya. Macamni
So pilihlah peti yang paling besar dengan energy consumption paling rendah....
4. Harga / Bajet.
Kenapa ini letak last...terpulang pada masing-masing...ada yang tentukan bajet dulu sebelum membeli dan sebaliknya...Bagi akak, akak tetapkan bajet kasar dalam RM2000 (lebih kurang) dan survey di internet/ kedai. Sebabnya kekadang bila pi kedai selalu terbabas bila bab-bab cenggini..hu..hu
Tapi bagi pembelian peti ais bawah 400L sebenarnya, kita boleh dapat penjimatan melalui rebat voucher yang diberikan oleh Kementerian Tenaga di SINI....Isikan nama tuan rumah kita duduk tu, no. akaun TNB, I/c tuannya then kita tahu layak tak nak dapat rebat ni.Pastu, boleh print baucer ni (mengikut samada nak beli air cond atau peti ais) dan bawa ke kedai untuk claim.Cam akak, penat je isi tapi dengan printer 'cokia' akak tu tak boleh nak print..
Bila pi kedai Seng Heng, rupanya dia dah letakkan rebat tu kat peti ais yang layak dapat.Kalau kat HLK, kena tunjukkan rebat baucer tu baru boleh...dahlah tak boleh print...(sebenarnya boleh pi kat kedai Tenaga dan beberapa tempat untuk dapatkan ini)..
Pastu nak beli cash / installment?.... terpulang pada pilihan masing-masing..Kalau cash harganya berbeza dengan yang dipaparkan (lebih murah).Kalau beli secara bayar bulan-bulan, then reganya berganda berbeza dari yang dipaparkan jugak
5. Keputusan akhir/ Kesimpulan
Selepas penat 'memikiorkannya' akak pun pilihlah Hitachi yang NI...
R-Z610EMX*New*
Minus Zero Cooling System & Front Jet Freezing
Key Highlights
Key Highlights
- Net 475L
- Minus Zero Cooling
- Cool Jet Wrap
- Big Super-Moisture Vegetable compartment
- 2 Way Humidity Controller
- Front Jet Freezing
- Movable Twist Ice Tray
- Tempered Glass Shelf
- Electronic Control
- Smart Control Dial
- 5 Star Energy Saving
Apa beza EMX / EM yang ada kat namanya tu?
cover materialnya... kalau EMX tu stainless steel yang EM tu bukan ( tak tahu apa nama material nya)... Salesman tu kata dia cat...entah akak tak pasti..
0 comments:
Post a Comment