Powered by Blogger.
RSS

RESEPI KRIM COKLAT / TOPPING KEK COKLAT MUDAH

Minggu lepas akak buat kek coklat selepas dipaksa oleh anak...maklum cuti sekolah...tapi cam akak bagitau ari tu akak tak letak toppingnya sebab akak tak beli coklat masakan...


Ghupanya.....boleh buat sendiri je topping tu ( orang panggil krim coklat)...ari tu tanya MR G ni...akak tekan ' resepi nak buat topping' takde lak kuar pasal ni...


then hari ni search krim coklat banyak gak resepinya kat dalam tenet ni...hu..hu ( maklum budak baru belajar...he..he perasan jadi budak jap)--- anyway thanks kpd Kak Hanieliza sbb akak tahu pasal krim ni kat dalam buku dia... 365 resepi tu (covernya cam kat bawah)...

INFO LANJUT?...RUJUK SINI ( tolong promote nih..he..he)


So, akak ingin berkongsi beberapa resepi untuk buat krim coklat ni.


Ni versi yang pakai coklat masakan 


KRIM COKLAT


Bahan-bahannya: (Sumber : LAMAN SRIKANDI)l
1 bar cooking coklat
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar ising
1 sudu besar mentega

Caranya membuat:
Masak atas api yang perlahan coklat bar dan susu cair, hingga cair coklat. Then, masukkan 2 sudu besar gula ising dan 1 sudu besar mentega. Kacau biar sebati... dan taruh atas kek yang dah dibuat... dah siap.. yum,yum



Krim coklat

·40g coklat
·300g susu segar
·40g gula
·30g tepung jagung
·12g mentega 



CARA:
  1. Masukkan susu dan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul. 
  2. Masukkan gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau. 
  3. Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati. 
Cream Coklat


Bahan :
250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek.

NI PULAK VERSI YANG TAK PAKAI COKLAT MASAKAN




Bahan
1 cawan susu pekat
2 camca besar serbuk koko
2 camb mentega


Cara
1. Panaskan susu pekat manis dan serbuk koko dengan api sederhana sambil dikacau hingga sebati.
2. masukkan mentega dan kacau lagi.
3. Bila dah rata dan sebati, tutup api dan kacau lagi.
4. bila sejuk sapukan atau tuangkan  di atas kek coklat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...