Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

Membuat Aiskrim

Pernah tak terlintas nak buat aiskrim sendiri di rumah?. Akak pernah tapi aiskrim Malaysia je... nak buat aiskrim macam gambar kat bawah ni tak terlintas lagi sehinggalah akak beli peti ais baru ni...hi..hi

almaklum, freezernya kosong lagi. so, mulalah terfikir macamana nak memenuhkannya. Macam biasa 'my book of everything' aka google nilah rujukan akak. Rupanya aiskrim macam kat kedai tu boleh dibuat sendiri sahaja di rumah...alamak rasa cam jakun lak hari ni...kih..kih

Ini ada beberapa resepi aiskrim yang akak cari dari pakcik Google ni
1. Resepi dari akhbar Kosmo 
sumber: kosmo

2. AISKRIM VANILLA


Bahan-bahan untuk Ice-Cream
2 1/2 cawan serbuk coffemate
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar gula
Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan.
2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.
4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan dengan puri mangga.
sumber: POTRET KASIH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...