Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

BUBUR ASYURA / SUGHO VS BUBUR LAMBUK



Rindu nak makan sugho bil tibanya bulan Muharram ni.
Kalau orang kelantan, bubur sughonya warna biru gelap / hitam. Cam gmbar bawah nih...

Tapi kalau orang luarnya asyura selalunya putih tu atau dipanggil juga bubur lambuk.
Walau dah lama merantau, kalau dah orang kelate tu, nak makan sugho Kelatelah jugok.



Tapi mana nak dapat kalau bukan orang kelate yang buat...
Nak buat bubur ni tanpa berpakat ngan orang lain, rasanya tak boleh kot sebab letih tang nak mengacau terutamanya dekat-dekat nak masak tu...Mau rebah tu.... Maklum kena kacau dari 9 pagi sampailh 4 petang...

Awal-awaal bolehlah serahkan pada bebudak je, bila dah nak siap kalau tak ambil alih mahu hangus / hangitle sugho tu.
Kecik-kecik dulu, budak-budak pakat licinkan tempurung kelapa untuk letak sugho masak... Best sungguh time tuh...

Antara ramuan yang digunakan ialah beras, rempah, serbuk kari, daging, lengkuas, halia, kacang hijau, jagung, santan dan sebagainya.

Kesimpulannya, kena balik kelantan, pakat dengan jiran tetangga dan pakat-pakat buat... seronoknya....

Inilah bubur assyura orang luar. Putih je warnanya. Bahan-bahan yang dimasukkan pun berbeza. Ada daun pucuk paku merah (daun midi orang kelate panggey), ubi keledek merah dan kuning,labu dll. Memang warna warnilah bubur ni. 


Rasanya pun berbeza...


Lagi satu, bubur sugho kelate beku/keras bila sejuk tapi bubur ni maintain je










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...