Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

SBPA DITANGGUHKAN?

Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA dijangka akan ditangguhkan.
Keputusan itu hasil pertemuan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Cuepacs, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di pejabatnya di Putrajaya pagi tadi.
Bagaimana pun belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu daripada pihak terbabit.
Pada pertemuan hampir satu jam itu, Cuepacs diwakili Presiden, Datuk Omar Osman berserta lapan pemimpin kanannya.
Turut hadir wakil badan gabungan Cuepacs.
Perlaksanaan SBPA sepatutnya berkuatkuasa satu Januari ini.
Badan itu bagaimana pun membantah sistem saraan baru berkenaan.
Cuepacs mahu diberi peluang perundingan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA sebelum skim dilaksanakan.
Tuntutan lain, 1.4 juta kakitangan awam perlu diberi maklumat tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen SBPA.
SUMBER :TV3 

Biar betul!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Akak dah sign ni, camana?....
Dlam Utusan pulak cakap
PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau untuk melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen, kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengenai hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri hari ini. - BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...