Powered by Blogger.
RSS

KEK COKLAT KUKUS KAK HANIELIZA

Sebelum ni akak buat kek coklat moist respi dari Jintan Manis. Lain kali nak buat guna resepi dari Chef Hanieliza nilah pulak.



Bahan A:-
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair2 cawan gula perang

Bahan B:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...