1. Ais Krim Koko
Bahan2
Serbuk koko.(kalau nak sedap jenama Van Houten la)
Gula
Susu manis.
Cara:..
Bancuh macam nak bancuh air tu tapi kasi manis sikit la.
2. Ais Krim Kacang
Bahan2:
Kacang merah ,gula dan air, pewarna merah dan perisa pisang
Rebus kacang sampai empuk.Tapis ketepikan airnya. Dlm periuk yg sama, masakkan gula sesedap rasa bersama kacang yg direbus tadi sampaii kering dan gula larut (awas..jgn kasi hangit)jangan bubuh air. Biarkan sejuk. Air kacang yg direbus tadi kalau ditambah secubit garam dan sedikit gula, boleh dibuat jus minuman..sodapp!
Untuk menyediakan air gula..larut gula dlm air mendidih. Masukkan pewarna merah dan sedikit perasa pisang. test manis nyer sendiri2 yek.
Kacang yg dah sejuk tadi disudukan masuk dlm plastik aiskrim. kemudian tuang air sirap tadi. Ikat. Basuh hujung plastik yg bersememeh dan simpan dlm esbok
3. Ais krim Jagung
Bahan2:
1 tin jagung tin (lebih elok yg creamy)
Gula dan air
Pewrana hijau
Cara:
Masakkan gula sampai larut dan mendidih. Kemudian masukkan jagung tadi. Biar sampai sebati. Rasakan manisnyer. Kalau dah puas hati tutup api, bubuh pewarna hijau dan biar sejuk.. Then teruskan projek anda.
4. Ais krim asam Boi
Bahan2:
Asam Boi Biji ( warna merah atau oren )
Gula dan air. Pewarna oren
Cara:
Masak air gula.. masukkan pewarna oren. Bila nak ikat aiskrim tu, masukkan sebiji asam dlm plastik , kemudian tuang air gula tadi. Ikat hujungnya dan simpan dlm esbok
5. Ais Krim nenas
Bahan2:
1 tin nenas dln tin
Gula dan air. Pewarna kuning
Cara:
Masakkan gula sampai larut dan mendidih. Kemudian tuangkan nenas dalam tin tadi. Rasakan manisnya. Bila dah puas hati, matikan api , bubuh pewarna kuning dan biar sejuk. Kemudian tuang dlm plastik aiskrim. Sejukkan dlm esbok. Kalau nak maintain originaliti..boleh guna nenas ranum, potong kiub, then rebus . Buh gula bila nenas dah lembut..lagi best
SUMBER : MFORUM
0 comments:
Post a Comment