Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

Shopping di KK Home Deco, Kota Damansara

Semenjak berjinak-jinak dengan hiasan rumah ala inggeris ni..kegilaan terhadap sebarang perhiasan rumah bertemakan bunga ros pink dan maroon ni menjadi-jadi sungguh.. pantang jumpa kedai yang ada jual ni, mesti nak masuk dan mulalah mengarut-ngarut nak membeli segala benda yang ada depan mata.

Berkesempatan ke Kota Damansara,akak tak lepaskan peluang pergi ke KK Home Deco berdekatan. Masa belum pergi tu, antara wishlistnya adalah :
1. Rak dinding 
2. Penyangkut besi yang boleh letak pinggan hiasan tu
3. Set Pinggan
Tapi bila dah sampai, lain pulak yang terberkenannya...maklumlah semua benda cantik-cantik belaka..rambang mata dibuatnya... Nasib baik tengah ada sell..so boleh dapat harga rendah sikit...pastu kalau jadi member ada lagi diskaunnya...

So, lepas pusing-pusing tu, akak pun belile:
1. Set Pinggan untuk 4 orang - dapat RM103.00
2. Terendak Lampu berenda - RM 47.00 (lebih kurang..malas nak tgk resitnye...hi..hi)
 3. Tiangnya / Batang lampunya - RM 19.90 rasanye..
4. Lain-lain i.e mangkuk RM 7.90, bekas letak tisu,
Habislah dalam RM200 lebih...boleh join contest untuk lucky draw dengan memenangi hadiah utama house make over bernilai RM80,000 oleh Eric Leong....(Eric pilihlah saya...pilihlah saya...ha..ha...macamlah eric baca blog akak ni...)




  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Standard guru Malaysia (SGM)

SGM.

Dah terlambat nak buat n3 ni sebab last date nak isinya adalah semalam 31/12/2011.  Tapi adake yang tak sempat isi?.

Mesti ada ....sebab akak pun last minute gak isinya..he..he.

Sejujurnya, jujur ke kita masa mengisinya?...Ibarat kata seseorang dulu jangan underestimate diri sendiri...So isilah yang kita ni serba boleh...pastu print dan serah kat pentadbir sek.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUBUR ASYURA / SUGHO VS BUBUR LAMBUK



Rindu nak makan sugho bil tibanya bulan Muharram ni.
Kalau orang kelantan, bubur sughonya warna biru gelap / hitam. Cam gmbar bawah nih...

Tapi kalau orang luarnya asyura selalunya putih tu atau dipanggil juga bubur lambuk.
Walau dah lama merantau, kalau dah orang kelate tu, nak makan sugho Kelatelah jugok.



Tapi mana nak dapat kalau bukan orang kelate yang buat...
Nak buat bubur ni tanpa berpakat ngan orang lain, rasanya tak boleh kot sebab letih tang nak mengacau terutamanya dekat-dekat nak masak tu...Mau rebah tu.... Maklum kena kacau dari 9 pagi sampailh 4 petang...

Awal-awaal bolehlah serahkan pada bebudak je, bila dah nak siap kalau tak ambil alih mahu hangus / hangitle sugho tu.
Kecik-kecik dulu, budak-budak pakat licinkan tempurung kelapa untuk letak sugho masak... Best sungguh time tuh...

Antara ramuan yang digunakan ialah beras, rempah, serbuk kari, daging, lengkuas, halia, kacang hijau, jagung, santan dan sebagainya.

Kesimpulannya, kena balik kelantan, pakat dengan jiran tetangga dan pakat-pakat buat... seronoknya....

Inilah bubur assyura orang luar. Putih je warnanya. Bahan-bahan yang dimasukkan pun berbeza. Ada daun pucuk paku merah (daun midi orang kelate panggey), ubi keledek merah dan kuning,labu dll. Memang warna warnilah bubur ni. 


Rasanya pun berbeza...


Lagi satu, bubur sugho kelate beku/keras bila sejuk tapi bubur ni maintain je










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VIDEO THE REST OF MY LIFE....MAHER ZAIN

Jom layan lagu ni...
Mood tetiba berubah jadi macam baghu mola-mola bercenta dulu..isk


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA LETAK BUTANG LIKE DI BLOG



Selalu tengok kat blog orang lain ada butang cam kat atas tu (walau saiznye idakle beso gedabak cenggitu), teringin juga nak bubuh kat blog sendiri kan?.


So selongkar punya selongkar kat dalam Google ni, akak jumpalah cara camana nk buatnya.


Terima kasih kepada ARCX13 atas perkongsian ilmu yang sangat menarik ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DOWNLOAD JADUAL GAJI SBPA GURU TERKINI


KLIK NUTP KEDAH UNTUK DOWNLOAD

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SBPA DITANGGUHKAN?

Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA dijangka akan ditangguhkan.
Keputusan itu hasil pertemuan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Cuepacs, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di pejabatnya di Putrajaya pagi tadi.
Bagaimana pun belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu daripada pihak terbabit.
Pada pertemuan hampir satu jam itu, Cuepacs diwakili Presiden, Datuk Omar Osman berserta lapan pemimpin kanannya.
Turut hadir wakil badan gabungan Cuepacs.
Perlaksanaan SBPA sepatutnya berkuatkuasa satu Januari ini.
Badan itu bagaimana pun membantah sistem saraan baru berkenaan.
Cuepacs mahu diberi peluang perundingan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA sebelum skim dilaksanakan.
Tuntutan lain, 1.4 juta kakitangan awam perlu diberi maklumat tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen SBPA.
SUMBER :TV3 

Biar betul!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Akak dah sign ni, camana?....
Dlam Utusan pulak cakap
PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau untuk melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen, kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengenai hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri hari ini. - BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA MENUKAR TEMPLATE BLOG

Asyik dok tengok blog yang cenggitu je, mesti boringkan?. So macamana nak atasinya...
Salah satunya, tukar templat blog... 
Sebenarnya banyak free blogger template yang kita boleh dapat dalam internet ni. Antaranya adalah di

ezwpthemes 
makincuteblogs
allblogtools
Bila dah jumpa template yang kita berkenan tu, apa nak kena buat..... Haaa ini caranya :


1. Download template yang anda berkenan tu ( selalunya dalam  zip dan extractkan yang hujung namanya xml serta savekan dalam pc)


2. Login ke dashboard blogger anda. Klik Design > Edit HTML


3. Backup dahulu blog anda dengan klik pada Download Full Template dan save dalam PC anda.


4. Kemudian klik butang Choose File untuk pilih template yang didownload format xml,dan klik butang Upload untuk uploadkan template ke blog anda.


5. Akan keluar paparan samada anda nak Keep Widget atau Delete Widget lama. Kalau masih nak simpan widget lama, klik je Keep Widget.


6. Preview dulu sebelum save.


7. Dh puas hati, baru save dan View Blog... kalau tk boleh tukar balik ke template lama yang anda dah backupkan awal-awal tadi


Dah siap....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERLAKSANAAN SBPA


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Perubahan Dasar & Peraturan di bawah  SBPA

1.Program Transformasi Minda (PTM)

Dasar & Peraturan
  • gantikan kursus induksi
  • syarat baru pengesahan
  • persediaan awal
  • modul ditambah baik
  • penilaian sepanjang kursus tanpa ujian akhir 
2. Peperiksaan Perkhidmatan

3. Penilaian Prestasi

4. PROSPEK (Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi)
Dasar & Peraturan

Menggantikan PTK
•pelengkap kepada dasar pembangunan sumber manusia sektor awam 
•Program menyeluruh bagi menilai dan membangun kompetensi pegawai 

Rasional
# menilai kompetensi & mengenal pasti potensi pegawaI
# melahirkan pegawai yang kompeten & berprestasi tinggi  atas gred yang disandang
# Dua : 
1. Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP)
2. Pembangunan Kompentensi dn Potensi (BKP)



5.Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)
Tujuan
# Mengiktiraf pegawai cemerlang
# Meningkatkan budaya cemerlang
# Galak Penglibatan
# Aktiviti kesukarelaan
#Kemasyarakatan
# Sukan
# Kebudayaan

Syarat

•Telah disahkan dalam perkhidmatan
• ≥5 tahun
•Gred 1-6 ke bawah
•Cemerlang
•LNPT ≥ 85
•Lulus tapisan
•Bebas tindakan tatatertib
•Diperaku PPSM
•3% daripada 8% penerima APC


6. Laluan  Kerjaya


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pekeliling Berkait SBPA yang perlu diketahui

1. Program Bersepadu Potensi Dan Kompetensi
2. Peperiksaan Perkhidmatan Awam
3.Program Transformasi Minda
4.Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
5.Sistem Penilaian Prestasi di bawah SBPA
6.Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Dalam   Perkhidmatan Awam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DAH SIGN SBPA...

AKhirnya dah terjwb kemusykilan selama ini...


1. Gaji
Cara kira tak sama cam yang dispekulasikan tu. (cuma musykilnya kenapa tak boleh publishkan sifir gaji tu kepada PA...nk rahsia rahsia lagi..heran jugak..) 


Dikatakn sebelum ini bahawa cara kiranya adalah camni :


Contoh; skrg t1 pindah ke t2 ssm then baru lihat kat gaji terdekat sbpa  = SALAH.


Yang betulnya, dalam sifir tu kita akan terus je pergi ke gaji lebih tinggi  yang terdekat dengan gaji kita sekrang (dlam SBPA)... takde naik t nya tu dulu dalam ssm


Pstu untuk mereka yang TPG Julai dan Oktober diubah kepad TPG Januari... So  akan ada kenaikn pergerakan gaji thunn lagi.


Misalnya, kalau skrg ni RM 2238.55 (T7) terus pergi ke RM 2375.00 (T3)... pda 1.1.2012. 
Disebabkan Trikh Pergerakan Gaji Thunan adalah 1 Januari, so gaji pda bulan Januari tu akan jadi RM 2600 ( T4)


2. Opsyen 56 /58 / 60
Sign je 60, pastu nak pencen awai ka apa ka mohon je kendian...


3. Terima SBPA atau kekal SSM
Terima je...ada sorang kawn akak kata camni (nak quotelah..he..he)

Kita kena ikut majoriti , baru ada orang perjuangkan...Kalau ikut minoriti ni takde orang nak sokong...(so tepuk dada tanyalah diri masing-masing..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEBAB CUEPACS BANTAH SBPA

Panas sungguh semenjak dua menjak ni ye. Majikan dok suruh sain...kebanyakannya pada 20/12...pastu cuepacs pulak kata jangan sain sblm depa pi jumpa PM 22/12 ni...Mana satu?


Poning akak memikiorkannyo....camano nak buat tu?


Sebab musabab kenapa SBPA ni dibantah adalah:

  1. EXIT POLICY - tidak bersetuju dengan polisi SBPA yang menyebut kakitangan awam yang memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kurang daripada 70 peratus, boleh dibersarakan awal.
  2. Tidak begitu jelas mengenai golongan yang menikmati kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak memanggil wakil kongres itu untuk merangka SBPA, kerana sebelum ini, ia turut terlibat dalam penggubalan sistem yang menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kepada Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).
  4. Masa untuk penjawat awam memilih singkat - hanya 15 hari

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MEMAHAMI SBPA UNTUK GURU DG 41 (1-1)

Akak banyak membaca pelbagai tulisan blog untuk memahami SBPA ni . Maklum semenjak dua menjak ni akak sentiasa je 'blur and blank'..hi..hi

Salah satunya di MAT KEDAH
http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KETUPAT SOTONG


Bahan:
Sotong segar bersaiz sederhana
Beras pulut putih - rendam sekejap dalam santan pekat bersama secubit garam
Gula
Manisan / gula melaka
Santan pekat
Santan cair
Serai - dititik
Halba
Daun pandan
Lidi - sebagai pencucuk


Bahan mayang:
Halia
Bawang merah


Cara :
1. Bersihkan sotong. Cabut kepala dan buang hitamnya. ( kulit merahnya akak tak buang). Toskan.


2. Dengan hujung sudu, sudukan beras pulut rendam ke dalam sotong sehingga separuh penuh. Letakkan kepalanya dan cucuk dengan lidi.


3. Aturkan dalam periuk dan masukkan santan cair dan santan pekat, gula, manisan, bahan mayang, serai. halba dan daun pandan.


4. Biarkan ia mendidih sehingga kuah tinggal seidikit. Angkat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tepung Apam Bakar ( resepi kelantan)

Bahan :
Serbuk ibu roti / yis mauripan
Tepung Beras
Gula melaka / manisan
Air
Tapai ubi kayu / pisang * - hancurkan


Bahan Tumbuk:
4-5 biji lada hitam
sedikit halia
Lengkuas


Cara:


1. Rendam serbuk ibu roti dan air.
2. Cairkan gula / manisan . Sejukkan.
3. Tumbuk lada hitam, halia dan lengkuas.
4. satukan tepung beras, ibu roti, air gula dan bahan tumbuk. Kacau sebati.
5. Untuk lebih gebu dan sedap masukkan tapai ubi kayu dan pisang.
6. Biarkan semalaman.
7. Sapukan minyak pada kuali dan bakar ( seperti memasak lempeng)
8. Bila dah masak boleh dimakan dengan kelapa muda yang digaul dengan sedikit garam.


P/s : Resepi mak ni takde sukatan. Mak kata masukkan agak-agak je. Yang penting adunannya jangan cair atau terlalu pekat.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APAM GANDUM / APAM BAGHDAD

Bahan:
4 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 bungkus yis mauripan
3 cawan air
3 keping manisan / gula merah / gula melaka


Cara :
1. Rendam yis mauripan dengan air suam hingga kelihatan berbuih. Ketepikan.
2. Masak manisan / gula melaka dengan 3 cawan air tersebut. Sejukkan.
3. Campurkan gula, tepung gandum dan yis yang telah direndam tadi. Gaul dengan senduk kayu.
4. Masukkan air gula melaka yang telah sejuk sedikit-sedikit dan gaul lagi sehingga sebati dan agak pekat.
5. Tapiskan ke dalam loyang pengukus yang telah disapu dengan minyak terlebih dahulu.
6. Mak akak buat ni dapat dalam 3 loyang saiz sederhana ( masukkan separuh loyang je sbb apam ni akan kembang).
7. Biarkan selama 3 jam ( atau sehingga ianya kembang / naik ).
8. Kukus sehingga masak.


P/S : Ini resepi mak akak. Hasilnya nampak macam apam gula hangus. Gambar tak sempat nak snap hari tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEK COKLAT KUKUS KAK HANIELIZA

Sebelum ni akak buat kek coklat moist respi dari Jintan Manis. Lain kali nak buat guna resepi dari Chef Hanieliza nilah pulak.



Bahan A:-
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair2 cawan gula perang

Bahan B:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-
1. Panaskan kukusan.
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
5. Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil
7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESEPI KRIM COKLAT / TOPPING KEK COKLAT MUDAH

Minggu lepas akak buat kek coklat selepas dipaksa oleh anak...maklum cuti sekolah...tapi cam akak bagitau ari tu akak tak letak toppingnya sebab akak tak beli coklat masakan...


Ghupanya.....boleh buat sendiri je topping tu ( orang panggil krim coklat)...ari tu tanya MR G ni...akak tekan ' resepi nak buat topping' takde lak kuar pasal ni...


then hari ni search krim coklat banyak gak resepinya kat dalam tenet ni...hu..hu ( maklum budak baru belajar...he..he perasan jadi budak jap)--- anyway thanks kpd Kak Hanieliza sbb akak tahu pasal krim ni kat dalam buku dia... 365 resepi tu (covernya cam kat bawah)...

INFO LANJUT?...RUJUK SINI ( tolong promote nih..he..he)


So, akak ingin berkongsi beberapa resepi untuk buat krim coklat ni.


Ni versi yang pakai coklat masakan 


KRIM COKLAT


Bahan-bahannya: (Sumber : LAMAN SRIKANDI)l
1 bar cooking coklat
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar ising
1 sudu besar mentega

Caranya membuat:
Masak atas api yang perlahan coklat bar dan susu cair, hingga cair coklat. Then, masukkan 2 sudu besar gula ising dan 1 sudu besar mentega. Kacau biar sebati... dan taruh atas kek yang dah dibuat... dah siap.. yum,yum



Krim coklat

·40g coklat
·300g susu segar
·40g gula
·30g tepung jagung
·12g mentega 



CARA:
  1. Masukkan susu dan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul. 
  2. Masukkan gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau. 
  3. Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati. 
Cream Coklat


Bahan :
250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek.

NI PULAK VERSI YANG TAK PAKAI COKLAT MASAKAN




Bahan
1 cawan susu pekat
2 camca besar serbuk koko
2 camb mentega


Cara
1. Panaskan susu pekat manis dan serbuk koko dengan api sederhana sambil dikacau hingga sebati.
2. masukkan mentega dan kacau lagi.
3. Bila dah rata dan sebati, tutup api dan kacau lagi.
4. bila sejuk sapukan atau tuangkan  di atas kek coklat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUKATAN GRAM KE CAWAN

Selalunya kalau dapat resepi dalam gram ni, akak malas sikit nak sukat. Sbbnya malas nak berebut dengan anak-anak. Mesti nak cari resepi yang menggunakan cawan...lagi senang bagi akak.


Tapi kalau dah berkenan dengan resepi yang menggunakan gram ni...macamana nak tukarnya kepada sukatan cawan...


Ini ada panduan yang akak dapat dari izanman...

Sukatan untuk bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter. Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA NAK UPKAN BLOG TRAFFIC

NI AKAK CNP DARI BLOG AH MOY ( Terima kasih ye..izinkan akak CNP kat cni)
Maklumlah blog baru, takdelah orang nak terjah..ye dak?...
So macamana nak ramaikan orang menrjah ke blog kita .
Cam biasa pakcik G nilah jadi sumber rujukan...
Sama-sama kita tengok jadi ke tak... Caranya macam ni bawah (macam nak buat kek lak rasanya..hi..hi)
Kita tengok cara-cara membuat meng-up-kan traffic blog anda...:


  1. tulis posting artikel mcm posting ni. Atau copy-paste  artikel ni and kemudian buat tajuk yang menarik supaya org terjah korangnyer blog cukup-cukup.
  2. pastu letakkan URL LINK yang mcm kat bawah ni jer untuk artikel yang di tulis dlm blog/web korang. 


Peraturannya

1Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).


2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Jom kita sama-sama mencuba ye...
Selamat mencuba!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...