Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

MASALAH SELEPAS BERSALIN : RAMBUT GUGUR

Semasa baru bersalin hari tu ini bukanlah masalah besar. Biasalah rambut gugurkan?. Tapi bila anak dah masuk 4 bulan, rambut akak gugur teruk. Kalau sikat, penuh rambut kat sikat. Belum lagi masuk yang tengok dekat atas lantai dalam bilik atau bilik mandi, memang penuh ngan rambut. Jenuh nak membersihkannya. Menakutkan jugaklah. Masa first baby dulu, memang pengalaman ini amat menyeramkan. Mana taknya, baru sentuh rambut aje sudah lekat dekat jari 4-5 helai rambut. Tapi bila dapat tahu kebanyakan ibu yang lepas bersalin ni akan mengalami masalah ni espesiallynya yang menyusu so takdelah akak rasa bimbang sangat.

Apa sebabnya?
Tak pastilah jugak. Ada yang kata kita akan start gugur rambut dengan teruk selepas anak berusia dalam lingkungan 4 bulan sebab masa tu anak dah pandai main air liur dia atau dah boleh menyembur air liurnya. (entahlah betul ke tidak).Tapi yang pastinya ini boleh dianggap normal  disebabkan perubahan hormon dalam badan setelah melahirkan. Tapi rambut tu akan ok balik bila anak dah 6 bulan ke atas. 
Ada juga pendapat menyatakan ini adalah rambut yang ' tak berpeluang gugur' semasa kita mengandung dulu kerana hormon semasa hamil melindungi rambut kita daripada gugur. Itu yang gugur selepas kita bersalin.
Ini disebabkan oleh delayed effect of hormon estrogen. Selepas bersalin, paras hormon estrogen akan kembali ke tahap normal kerana hormon estrogen paling banyak dikeluarkan oleh plasenta/uri semasa hamil. Bila placenta dah keluar, level estrogen pun turun ke normal. Kesan penurunan hormon ini akan mula dirasai lebih kurang 3 bulan selepas bersalin (delayed effect)  iaitu keguguran rambut pada ibu and air liur meleleh pada anak.


Apa nak buat?

  1. Banyakkan lah makanan yang mengandungi protein seperti ikan, ayam dan minuman kacang soya etc. sebab sebab ia akan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. 
  2. Makan makanan mengandungi banyak zat besi dan zink
  3. Ada satu petua ni..rebus segenggam kacang hijau. Jangan biar air dia kering. Lepas tu sejukkan. Air dia tu sapukan pada akar rambut. Letaklah pada malam hari dan esoknya basuh. Cubalah..
  4. Potong rambut pendek supaya takdelah nampak banyak sangat rambut yang bersepah dan elakkan mengering atau mewarnakan rambut secara keterlaluan.
  5. Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
  6. Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  7. Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein yg bagus utk kesihatan rambut contohnya produk shaklee.
  8. Minum air secukupnya.
  9. Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress.
  10. Jumpa doktor untuk rujukan rambut sekiranya masalah berlarutan sehingga rambut hampir botak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...