Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

MASALAH SELEPAS BERSALIN : TENTANG ANAK

Dah habis pantang, ibu dan sihat dan kembalik kepada normal. Sekarang ni timbul pulak isu tentang anak.

PERTAMA : ANAK BERAK HIJAU
Risau jugak dibuatnya bila Aqeel mengalami masalah ni. Pi jumpa doktor rupanya itu normal mungkin akibat perubahan hormon baby tu atau sebab dulu fully breastfeed tapi sekarang ni dah campur dengan susu tepung. Bukan apa dulu, masa dia minum susu S26 GOLD ok je. Tapi beberapa minggu selepas minum susuu s26 yang biasa je, baru masalah ni timbul. Kotle susu tu tak sesuai. Tapi dah doktor kata selagi dia sihat takda apa. takpalah.

KEDUA : BILA NAK MULA BAGI BABY MAKAN 
Walau dah anak ketiga, ini masih lagi isu. Dah tahu, baby hanya boleh diberi makan bila dia masuk 6 bulan tapi kepala masih serabut memikirkannya. Mana taknya. Semua orang dah cakap boleh dah 4 bulan bagi dia makan. Pastu Aqeel asyik lapar je. Jenuhlah nak bagi susu je. So akak pi le Kedai MANJAKU tu, belikan nestum beras (tapi untuk 6 bulan ke atas) . camne tu? Akak buat cair campur dengan susu dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...