Semalam ada ujian kolesterol percuma di tesco. so akak buatlah. Kejap dan free je. Ambil darah 3 titik dekat jari, letak dalam 'tapak' - tak tau nama apa - then tunggu result keluar dalam 3 minit.
Alhamdulillah resultnya 4.10 dan hubby 5.09. Baik katanya. terangnya lagi kalau paras kolesterol dalam darah bawah 5.20, itu baik dan kalau lebih kenalah usaha untuk kurangkannya... Salah satunya minum Susu Nesvita yang ada Acticol cam kat bawah ni.- udah dia jual susu ni, disarannyelah minum susu ni..
Apa nak buat kalau kolesterol level tinggi?
- Kawal pemakanan
- Makanan seperti kek, pelbagai biskut, kuih-muih yang banyak mengandungi lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak yang tidak sihat. Tidak terkecuali hidangan lain seperti rendang ayam, daging, sate yang rata-ratanya mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh yang demikian, hadkan pengambilannya dan makanlah secara sederhana.
- Ambil supplemen
- Red Yeast Rice yang mengandungi sejenis statin semula jadi hasil dari penapaian beras dan yis merah merupakan antara hasil penyelidikan yang bermanfaat dan seringkali disyorkan untuk pengawalan kolesterol.
Red yeast rice yang mengandungi monacolins merencatkan penghasilan kolesterol yang menyamai ubat statin dan dengan itu membantu mengurangkan paras kolesterol tubuh. Ia merupakan cara alternatif untuk menangani peningkatan paras kolesterol bagi mereka yang tidak mengambil ubat anti kolesterol.
3. Jauhi pengambilan lemak berbahaya
Sebaliknya mengambil lemak baik seperti asid lemak omega-3.Ia tidak boleh dihasilkan tubuh, maka memperolehinya daripada makanan adalah perlu. Bagi masalah kolesterol, pengambilan asid lemak omega-3 seharusnya diambil sebagai suplemen harian kerana ia didapati memberi kesan tambahan dalam usaha mengawal peningkatan kolesterol. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Red yeast rice dan asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai boleh bantu mengawal peningkatan kolesterol setara dengan pengambilan ubat anti kolesterol.
4. Ambil Supplemen minyak ikan
Asid lemak omega-3 daripada ikan atau suplemen minyak ikan boleh membantu mencegah masalah jantung di kalangan individu yang sihat dan juga bermanfaat kepada mereka yang sudah ada penyakit jantung. Asid Eikosapentaenoik (EPA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) yang terkandung dalam minyak ikan dari kumpulan omega-3 dibuktikan bermanfaat kepada jantung dengan menstabilkan plak pada arteri dan tekanan darah.
Amalan pengambilan minyak ikan juga diketahui mengurangkan risiko aterosklerosis; iaitu pembekuan arteri akibat pemendapan lemak, serangan jantung dan kegagalan jantung. Sumber omega-3 yang baik termasuklah salmon, sardin, trout, herring dan beberapa lagi. Bagaimanapun, ramai yang mempertimbangkan pengambilan suplemen minyak ikan untuk memperolehi jumlah yang mencukupi untuk perlindungan jantung yang optimum.
Sumber : UTUSAN
5. Minum susu tanpa lemak dan kurangkan pengambilan daging.6. Lebihkan makanan berserat - kerana ia boleh menyerap kolesterol dalam ddarah dan mengeluarkannya dari dalam badan.
7. Ambil makanan mengandungi antioksidan misalnya buah strawberri, betik dan labu serta bawang putih.
8. Hindari alkohol dan merokok.
9. Banyakkan bersenam.
0 comments:
Post a Comment