Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

KOLEH UBI BADAK


Kalau dengar namanya, memang pelik terutamanya untuk mereka yang bukan berasaal dari pantai Timur. Nak tengok rupanya, ini diaaaaaaaaaaaaa.....
Maaf cakap. Memang agak buruk. Tapi macam omputeh kata ' don't judge the book by it's cover'. Selepas di kupas, ubi badak (ada dua warna biru/ungu dan putih), rupanya akan kelihatan macamni..

dan selepas di masak , hasilnya memang mengancam kalbu.(pada sapa yang tak makan tu nak buat macamana kan?
Sebelum di potong.
Selepas di potong

Dah terliur?. Jom sama-sama kita memasak KOLEH UBI BADAK ni. ( Ingat hanya ubi badak biru je boleh dibuat koleh ni. Yang putih hanya untuk dibuat sayur)

Bahan-bahan :
3 ketul ubi badak saiz kecil ( kalau saiz besar seketul tu dah cukup)
6 camb gula ( kalau nak tawar, kurangkan dsbnya)
Air (Masukkan sehingga penuh periuk)
1 camt garam
2 cawan santan
1/2 tepung beras - cairkan dengan air.

Cara-cara:
  1. Kupas ubi sehingga ke isinya yang berwarna ungu tu. Basuh bersih-bersih. Potong kecil-kecil.
  2. Masukkan dalam periuk. isi air sehingga menutupinya ( air memang perlu banyak sebab kita nak hancurkannya).
  3. Selepas ubi empuk, tekan-tekankan dengan hujung senduk sehingga hancur. Jika masih keras, tambah lagi air.
  4. Jika semua ubi dah hancur, masukkan gula dan santan. Kacau sehingga sebati dan agak pekat. Rasa sedikit manis masinnya. 
  5. Cairkan tepung beras dengan air, kacau sebati (jangan berketul-ketul) dan masukkan bancuhan tu dalam periuk ubi tadi.
  6. Kacau lagi hingga koleh kita tu dah betul-betul pekat.
  7. Tutup api. tuangkannya dalam loyang atau bekas. Sejukkan lebih kurang 1 jam. (jika nak cepat masukkan dalam peti ais selepas ianya agak sejuk).
  8. Potong dan boleh di makan.

4.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...