Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

Pantang Hari Ke-41 - APA NAK MAKAN MASA DALAM PANTANG

Kembali kepada tujuan asal kewujudan blog ni, di sini saya listkan beberapa blog yang saya rujuk sepanjang dalam pantang ni..Maklumlah walaupun anak dah 3 tapi sebb dah 6 tahun tak bersalin so banyak ilmu 'keibuan dan keanakan' akak dah terlupa..So, selain dari merujuk kat mak (terima kasih ma sebab tolong jaga anak bongsu mak ni-manja terlebiy sudah walau dah tua..he..hee), encik google (MR G) nile tempat akak mengadu.

Rasanya semua ibu yang dalam pantang akan teringat/ terfikir pasal ni.....APA BOLEH /TIDAK BOLEH DIMAKAN SEMASA DALAM PANTANG ?...Samalah dengan akak, inile benda pertama yang akak tanya ngan MR G . Nak buat camana dah memang kaki makan, bila kena stop sekejap ni mulalah nak menghalalkan apa yang mak kata tak boleh...Mak kata hanya boleh makan lauk ikan - itupun ikan selar /gelama bakar je-, sayur kalau ikut tak boleh tp sebab mak dah tau akak ni memang bermasalah nak 'poo poo' time pantang so mak bagile makan syur sawi...buah semua tak boleh, kuih jauh sekali...adui menangis dalam diam akak... Banyakle akak google dan antara blog yang akak bookmarkkan adalah :

semua resepi dalam ni memang boleh diikut sebab semuanya masuk dalam 'senarai boleh dimakan' mak.

Dalam blog nile akak mula melancarkan 'serangan saraf' kat emak - jaat tul-sebabnya akak dah boleh makan ikan lain selain ikan selar/gelama misalnya ikan tenggiri/merah/bawal. Dalam ni Kak engku membahagikan menu dalam pantang ni kepada beberapa bahagian iaitu menu-makanan-dalam-pantang-2 , menu-makanan-dalam-pantang-3 , menu-makanan-dalam-pantang-4 , menu-makanan-dalam-pantang-5 dan makanan-ibu-dalam-pantang-petua-orang-tua.
Lain drpd cerite tentang makan, blog kak engku ni dipenuhi dengan pelbagai maklumat lain berkait dengan ibu dlm pantang, masa hamil,hal-hal tentang anak, hinggalah ke produk-produk berkaitan - set bersalin misalnya yang nak dibeli . Pendek kata semua adalah...very informativelah blog ni.

Blog ni pun bagus gak sebab dia senaraikan ikut kategori dan kategori yang akak paling suka adalah - resipi sayur dalam pantang - sebab hanya bagi akak makan sawi je. Tapi mak tetap tak bagi makan, katanya nanti anak kembung atau akak sakit urat. Akak teringin nak makan ulam pegaga, mak tak bagi..hu ..hu. Kalau cam jantung pisang, peria atau kubis tu akak sendiri pun tak berani nak makan. Kentang akak dah start makan masa minggu ke-3 lepas bersalin...tu pun sebab suami beli KFC dan akak yang tengah terliur ni dengan confidentnya kata boleh makan kentang putar tu...hi ..hi...redah je...nasib baik takde apa apa.. Lepas tu mak pun letaklah kentang ni dalam sup ayam..so adalah 'perkembangan'. Kih..kih


4. chetambiz koleksi-resepi-untuk-wanita-di-dalam pantang 
Blog ni sangat bagus tapi akak ni masalahnya tak boleh makan ikan haruan. Biarlah suami akak kata sedap camana pun akak still tak terliur. Tapi akak pernah dipaksa makan ikan haruan ni oleh arwah nenek masa bersalin anak pertama. Anak ikan tu je tapi masalahnya kena telan hidup-hidup....Nak menangis akak. Dahlah tengok ikan tu berenang-renang dengan gumbiranya. Macamanalah nak masuk dalam tekak. Bahagian paling tak tahan, nenek akak kata kalau tak boleh telan hidup-hidup, masukkan dalam air teh panas, matilah ikan tu - uiii sikit punya kejamlak akak rasa. namun, nak jaga hati punya pasal, akak telan jugak. Dongakkan kepala ke atas, bukak mulut luas-luas dan curahkan air teh yang ada anak ikan haruan tu ke dalam mulut. Rasanya....isk tak boleh nak cheghitalah....taubat tak mahu makan dah. Kesian kat en.suami yang bersusah payah pi tangkap anak ikan ni di bendang kat Pasir Mas nun...jauh. Tapi akak mintak maap, tak boleh nak telan dah. Akhirnya, suami akak belilah Pil Ikan Haruan .Terima kasih bang kerana memahami diri ini..

Oklah, sebenarnya banyak lagi blog yang akak jumpa tapi 4 ni yang akak suka. So selamat berpantang kepada semua ibu - tak kira anak ke beberapa pun. Yang penting pantang tetap pantang, cuma ikutlah mana yang sesuai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...