Powered by Blogger.
RSS

e-SPLG (Sistem Pengurusan Latihan Guru)

Zaman sekarang ni internet dah jadi macam satu keperluan. Kalau sehari tak surf interrnet ni akak rasa macam ada yang tak cukup...macam tak makanlah...gitulah pentingnya internet bagi akak.

Bukan je untuk bukak facebook...sebabnya kegilaan akak terhadap fb ni dah turun. kalau bukak pun untuk check updates kengkawan atau tahu perkembangan terbaru mereka. Akak sendiri...malas nak updates status..ki..kih

Dan terima kasih banyak kepada FB sebab akak tahu pasal ni (e-splg ) pun kat sini. Maklum dalam pantang, tak tahu pun apa benda yang berlaku kat sekolah.


Rupanya semua cikgu kena isi maklumat tentang kursus yang pernah dihadiri sepanjang tahun ni kat situ pulak. Selalunya isi dalam kad biru tu je...

Tapi nak isi macamana ?


Sekali lagi thanks kepada 'my books of everything ni' sebab semua yang kita nak tahu berada di hujung jari sahaja (tak sesia akak pasang streamyx kat rumah..kih..kih). Maklumat cara pengisian boleh dirujuk di ciklaili.com  dan  di kulaijaya.net 

Langkah Pengisian e-SPLG 

  1. Buka laman web http://www.didik.my/splg/
  2. Masukkan Nama Pengguna - iaitu kod sekolah cikgu-cikgu
  3. Masukkan Kata Laluan - password ni cikgu kena tanya dengan sekolah masing-masing 
  4. Tekan login > ( kena sabar sikit )
  5. Lihat di bawah bahagian Individu .( Bahagian Kumpulan diisi oleh Penyelaras LDP sekolah.) Klik Daftar Book Review (BR) (ditutup sementara ) atau Kehadiran Kursus Luar (KKL)
  6. Isi maklumat di minta dan Simpan.


 Due date e-SPLG

30.Dis. 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...