1. Ubah cara / menu makanan
Memang ikut tapi sebaik sahaja keluar dari labour room hari tu, terus perut dilanda rasa lapar yang amat sangat- maklum baru lepas mengerah seluruh tenaga masa nak meneran tadi. Akak cakaplah dengan nurse yang hantar akak ke bilik ( kali ni akak bersalin klinik bersalin swasta ) . Dalam 25 minit, dia pun hantarlah nasi putih, sup sayur dan ikan bilis goreng. Walau dah nampak berminyaknya tapi lapar punya pasal habis gak sepinggan. maklum tengah lapo bebenor. Masa ni mak tak sampai lagi. Tu yang buat berani dalam takut tu.
2. Berstoking / jangan biarkan badan kesejukan
Si tecik (Muhamad Zharif Aqeel) tidur so akak pun mengambil kesempatanlah melelap mata. Selimutkan badan terutamanya kaki dan nak kena berstoking- kalau tak tegang je urat betis- thanks kepada nurse tadi sebab dah tolong sapukan ubat. Bilik ada aircond tapi nurse dah slowkan.
3. Mandi Wiladah
Ada doktor (bukan Melayu) tanya "orang Melayu boleh mandi ke selepas bersalin?" . Akak cakap ye tp takdelah cerita pasal mandi wiladah ni pasal dia non muslim. Sambil tukar pad tu mandilah sekali.
4. Berjalan
Jangan baring je, kena bangun dan cuba berjalan sikt2 takut nanti betis jadi cramp. Akak bersalin normal so tak taulah orang yang bersalin C-zer camane.
5. Terus breastfeedkan anak.
Ni baik untuk elakkan anak jadi kuning / jaundis. Masa anak pertama dan kedua sebaik baby dibersihkan terus diberi pada akak untuk disusukan. masa anak pertama tu memang susu takde / sikit tapi nurse suruh jugak. Memang dedua tak kena kuning langsung. Tapi yang ni akak tak terus susukan sebab badan masih mengeletar lagi. Lambat sket bagi. mungkin itule sbbnya anak kena kuning nasib baik sikt je. First detect (hari ke3)-9.1. Kena pi klinik dia amik darah kat tumit baby. Katanya kalau esok makin naik kena admitted. uii risau akak. nasib baik esok turun (8.7). tapi kesian kat baby, kecik-kecik dah kena amik darah.
Amalan kat atas ni memang akak buat sebaik habis bersalin. ada lagi yang lain.Insya Allah akak sambung lagi.
TETAMU YANG DIHARGAI
Amalan Sesudah Bersalin (bah. 1)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment