Semua amalan ni sangat baik untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak (cewah macam empunya toko jamu pulak rasanya..he..he). Kalau tak percaya, boleh klik kat sini.
1. Mandi Herba
Terima kasih pada mak yang bersusah payah bawak segala macam daun untuk mandi herba ni dari kelantan. Kat sini,susah nak dapat. Antara daunnya adalah daun lengkuas, lemuni, pandan, serai wangi, dauun inai. Sekarang ni mandian herba ini boleh didapati dalam pelbagai jenama set bersalin yang banyak dijual di pasaran. Akak guna set bersalin Amway yang akak beli secara online dengan Kak Noorazian Fakurazi. Memandangkan mak dah bawak so, akak campurkan sekali dalam besen air rebusan daun herba tu. Akak mandi dua kali sehari selama 40 hari. Sepatutnya, selama 44 hari tapi daun dah habis. Tapi sekarang ni kalau tak dilanda 'sindrom M' akak masih lagi mandi herba Amway yang masih ada lagi ni.
2. Berurut
Akak start berurut pada hari ke 5 selepas bersalin (selama 3 hari berturut-turut) sbb mak bidan sibuk . Ramai betul orang bersalin tahun ni...kih...kih. Maklum nak sahut seruan 70 juta rakyat tu.... Bidan tu (Kak Zah) namanya mengurut sekejap je tapi sedap dan lega rasa badannya. Cuma seriau tang pulas leher tu...ngeri sikit....tapi memang lega. Kak Zah ni ada facebooknya tapi akak cari tak jumpa. Kalau tak akak boleh syorkan untuk sesapa yang dok area manjung/ sitiawan nak berurut.
3.Bertungku
Kalau di kelantan, ini selalunya dilakukan sekali oleh mak bidan. Tapi kat sini takde yang buat (tak tahulah kot..kot akak yang tak jumpa). So, mak yang tungkukan. Cuma mak tak berani nak tungkukan sangat dibahagian peranakan/rahim sebab tak pandai. Kang jadi lain pulak. Hari-hari mak tungkukan - kalau si tecik tak meragam - selama lebih kurang 40 hari.
4.Berbengkung
Yang ni pun opkos akak buat...he..he.Akak guna yang Amwaynye herba peramping, lepas tu mak pakaikan yang dia beli dan mak barutkan perut dengan bengkung zip zap tu - kalau beli Amway dapat free bengkung ni.
Tapi bila dah lebih 40 hari ni, si tecik Aqeel asyik menangis je, so akak pakailak bengkung yang ada infra red ni. Bengkung ni suami beli ngan kawan dia untuk kempiskan perutnya. So akak gunalah sekali. Tapi sekarang dah beli lain..so takdelah kongsi lagi..hik..hik. Tapi akak tengok ada jual gak bengkung ni kat dalam internet. contohnya kat SINI
So selamat berpantang untuk semua.
TETAMU YANG DIHARGAI
Amalan Sesudah Bersalin (bah. 2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment