TETAMU YANG DIHARGAI
Bantuan RM 100 kepada semua murid pada tahun 2012.
Sepertimana yang dimaklumkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran cara pengagihan bantuan sebanyak RM530 juta ini akan dilakukan melalui sekolah murid masing-masing.
Senang cerita, tengok sahaja di SINI.
Panduan Pengisian e-SPLG
e-SPLG (Sistem Pengurusan Latihan Guru)
Zaman sekarang ni internet dah jadi macam satu keperluan. Kalau sehari tak surf interrnet ni akak rasa macam ada yang tak cukup...macam tak makanlah...gitulah pentingnya internet bagi akak.
Bukan je untuk bukak facebook...sebabnya kegilaan akak terhadap fb ni dah turun. kalau bukak pun untuk check updates kengkawan atau tahu perkembangan terbaru mereka. Akak sendiri...malas nak updates status..ki..kih
Dan terima kasih banyak kepada FB sebab akak tahu pasal ni (e-splg ) pun kat sini. Maklum dalam pantang, tak tahu pun apa benda yang berlaku kat sekolah.
Rupanya semua cikgu kena isi maklumat tentang kursus yang pernah dihadiri sepanjang tahun ni kat situ pulak. Selalunya isi dalam kad biru tu je...
Tapi nak isi macamana ?
Sekali lagi thanks kepada 'my books of everything ni' sebab semua yang kita nak tahu berada di hujung jari sahaja (tak sesia akak pasang streamyx kat rumah..kih..kih). Maklumat cara pengisian boleh dirujuk di ciklaili.com dan di kulaijaya.net
Langkah Pengisian e-SPLG
- Buka laman web http://www.didik.my/splg/
- Masukkan Nama Pengguna - iaitu kod sekolah cikgu-cikgu
- Masukkan Kata Laluan - password ni cikgu kena tanya dengan sekolah masing-masing
- Tekan login > ( kena sabar sikit )
- Lihat di bawah bahagian Individu .( Bahagian Kumpulan diisi oleh Penyelaras LDP sekolah.) Klik Daftar Book Review (BR) (ditutup sementara ) atau Kehadiran Kursus Luar (KKL)
- Isi maklumat di minta dan Simpan.
Due date e-SPLG
30.Dis. 2011
Memilih Set Bersalin
Masa kandungan masuk 7 bulan,akak dah berkira-kira pasal nak beli set bersalin ni. Jenama apa ye?. Masa first dulu akak guna Afiat, second guna Mustika Ratu, so yang ni nak guna apa ya?...Tapi calon-calonnya dah ada..he..he. Antaranya Sendayu Tinggi, Nona Roguy atau Amway....dan pemenangnya adalah.........deng de denggggggggg...
Setelah lama 'menyurvey' di internet dan bertanyakan kengkawan, maka akak membuat keputusan membeli produk /Set bersalin Amway ni. Tapi kat tempat akak ni takde dia punya dealer ke stokis ke so akak beli secara online kat SINI. Harga?...takleh le ceriter kat sini..rahsia...
Kenapa beli set Amway ni?... Pada akak, selain banyak bertanya dengan kengkawan apa produk set bersalin pilihan dan kesannya, akak juga mencari produk yang senang dan cepat digunakan.
So, kepada sesaper yang tengah pening nak beli set bersalin apa bolehlah menggoogle kat beberapa lama web yang akak listkan di sini:
1.http://www.setbersalin.net/
2.http://beelacollections.blogspot.com/2011/06/set-bersalin-amway-tropical-herbs.html
3. http://kedaijamuwanita2u.blogspot.com/2010/01/set-bersalin-amway.html
4. http://www.bengkungmoden.com/blog/tips-penjagaan-selepas-bersalin/panduan-memilih-set-bersalin/
Amalan Sesudah Bersalin (bah. 2)
Semua amalan ni sangat baik untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak (cewah macam empunya toko jamu pulak rasanya..he..he). Kalau tak percaya, boleh klik kat sini.
1. Mandi Herba
Terima kasih pada mak yang bersusah payah bawak segala macam daun untuk mandi herba ni dari kelantan. Kat sini,susah nak dapat. Antara daunnya adalah daun lengkuas, lemuni, pandan, serai wangi, dauun inai. Sekarang ni mandian herba ini boleh didapati dalam pelbagai jenama set bersalin yang banyak dijual di pasaran. Akak guna set bersalin Amway yang akak beli secara online dengan Kak Noorazian Fakurazi. Memandangkan mak dah bawak so, akak campurkan sekali dalam besen air rebusan daun herba tu. Akak mandi dua kali sehari selama 40 hari. Sepatutnya, selama 44 hari tapi daun dah habis. Tapi sekarang ni kalau tak dilanda 'sindrom M' akak masih lagi mandi herba Amway yang masih ada lagi ni.
2. Berurut
Akak start berurut pada hari ke 5 selepas bersalin (selama 3 hari berturut-turut) sbb mak bidan sibuk . Ramai betul orang bersalin tahun ni...kih...kih. Maklum nak sahut seruan 70 juta rakyat tu.... Bidan tu (Kak Zah) namanya mengurut sekejap je tapi sedap dan lega rasa badannya. Cuma seriau tang pulas leher tu...ngeri sikit....tapi memang lega. Kak Zah ni ada facebooknya tapi akak cari tak jumpa. Kalau tak akak boleh syorkan untuk sesapa yang dok area manjung/ sitiawan nak berurut.
3.Bertungku
Kalau di kelantan, ini selalunya dilakukan sekali oleh mak bidan. Tapi kat sini takde yang buat (tak tahulah kot..kot akak yang tak jumpa). So, mak yang tungkukan. Cuma mak tak berani nak tungkukan sangat dibahagian peranakan/rahim sebab tak pandai. Kang jadi lain pulak. Hari-hari mak tungkukan - kalau si tecik tak meragam - selama lebih kurang 40 hari.
4.Berbengkung
Yang ni pun opkos akak buat...he..he.Akak guna yang Amwaynye herba peramping, lepas tu mak pakaikan yang dia beli dan mak barutkan perut dengan bengkung zip zap tu - kalau beli Amway dapat free bengkung ni.
Tapi bila dah lebih 40 hari ni, si tecik Aqeel asyik menangis je, so akak pakailak bengkung yang ada infra red ni. Bengkung ni suami beli ngan kawan dia untuk kempiskan perutnya. So akak gunalah sekali. Tapi sekarang dah beli lain..so takdelah kongsi lagi..hik..hik. Tapi akak tengok ada jual gak bengkung ni kat dalam internet. contohnya kat SINI
So selamat berpantang untuk semua.
Amalan Sesudah Bersalin (bah. 1)
1. Ubah cara / menu makanan
Memang ikut tapi sebaik sahaja keluar dari labour room hari tu, terus perut dilanda rasa lapar yang amat sangat- maklum baru lepas mengerah seluruh tenaga masa nak meneran tadi. Akak cakaplah dengan nurse yang hantar akak ke bilik ( kali ni akak bersalin klinik bersalin swasta ) . Dalam 25 minit, dia pun hantarlah nasi putih, sup sayur dan ikan bilis goreng. Walau dah nampak berminyaknya tapi lapar punya pasal habis gak sepinggan. maklum tengah lapo bebenor. Masa ni mak tak sampai lagi. Tu yang buat berani dalam takut tu.
2. Berstoking / jangan biarkan badan kesejukan
Si tecik (Muhamad Zharif Aqeel) tidur so akak pun mengambil kesempatanlah melelap mata. Selimutkan badan terutamanya kaki dan nak kena berstoking- kalau tak tegang je urat betis- thanks kepada nurse tadi sebab dah tolong sapukan ubat. Bilik ada aircond tapi nurse dah slowkan.
3. Mandi Wiladah
Ada doktor (bukan Melayu) tanya "orang Melayu boleh mandi ke selepas bersalin?" . Akak cakap ye tp takdelah cerita pasal mandi wiladah ni pasal dia non muslim. Sambil tukar pad tu mandilah sekali.
4. Berjalan
Jangan baring je, kena bangun dan cuba berjalan sikt2 takut nanti betis jadi cramp. Akak bersalin normal so tak taulah orang yang bersalin C-zer camane.
5. Terus breastfeedkan anak.
Ni baik untuk elakkan anak jadi kuning / jaundis. Masa anak pertama dan kedua sebaik baby dibersihkan terus diberi pada akak untuk disusukan. masa anak pertama tu memang susu takde / sikit tapi nurse suruh jugak. Memang dedua tak kena kuning langsung. Tapi yang ni akak tak terus susukan sebab badan masih mengeletar lagi. Lambat sket bagi. mungkin itule sbbnya anak kena kuning nasib baik sikt je. First detect (hari ke3)-9.1. Kena pi klinik dia amik darah kat tumit baby. Katanya kalau esok makin naik kena admitted. uii risau akak. nasib baik esok turun (8.7). tapi kesian kat baby, kecik-kecik dah kena amik darah.
Amalan kat atas ni memang akak buat sebaik habis bersalin. ada lagi yang lain.Insya Allah akak sambung lagi.
Pantang Hari Ke-41 - APA NAK MAKAN MASA DALAM PANTANG
4. chetambiz koleksi-resepi-untuk-wanita-di-dalam pantang
Blog ni sangat bagus tapi akak ni masalahnya tak boleh makan ikan haruan. Biarlah suami akak kata sedap camana pun akak still tak terliur. Tapi akak pernah dipaksa makan ikan haruan ni oleh arwah nenek masa bersalin anak pertama. Anak ikan tu je tapi masalahnya kena telan hidup-hidup....Nak menangis akak. Dahlah tengok ikan tu berenang-renang dengan gumbiranya. Macamanalah nak masuk dalam tekak. Bahagian paling tak tahan, nenek akak kata kalau tak boleh telan hidup-hidup, masukkan dalam air teh panas, matilah ikan tu - uiii sikit punya kejamlak akak rasa. namun, nak jaga hati punya pasal, akak telan jugak. Dongakkan kepala ke atas, bukak mulut luas-luas dan curahkan air teh yang ada anak ikan haruan tu ke dalam mulut. Rasanya....isk tak boleh nak cheghitalah....taubat tak mahu makan dah. Kesian kat en.suami yang bersusah payah pi tangkap anak ikan ni di bendang kat Pasir Mas nun...jauh. Tapi akak mintak maap, tak boleh nak telan dah. Akhirnya, suami akak belilah Pil Ikan Haruan .Terima kasih bang kerana memahami diri ini..
Sajak
GURU APAKAH KITA ?
Alhamdulillah...
Syukur sbb akhirnya hasrat hatiku nak buat blog yang berkisar tentang wanita ni tercapai jua. Sebenarnya angan-angan mat jenin aku ni nak buat direktori atau senarai blog-blog yang aku rasa sangat berguna / informatif untuk aku mencapai cita-citaku menjadi anak yang taat/solehah, isteri mithali (mithali ke...hi..hi..Insya Allah), Ibu yang baik dan cikgu yang dedikasi. Kalau sebelum ni, semua blog ni hanya berada dalam senarai bookmark aku sahaja, sekarang ni kira dah up sikit sbb aku berjaya buat blog yang tak seberapa ni untuk menyenaraikan blog-blog kegemaran aku. So, takdelah lagi komputer aku 'berat' nak menanggung bermacam-macam bookmarking aku tu...