Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

KEK COKLAT INDULGENCE: KESILAPAN YANG KADANG KALA DILAKUKAN

Wah!!! Tajuk mengalahkan nak buat kajian tindakan  pulak ye...he..he. Macam post-mortem pun ada. Sebenarnya, post ini adalah berkenaan dengan kesilapan yang sering atau kadangkala dilakukan oleh sesapa yang baru pertama kali nak buat kek indulgence ni. Sekarang ni trend kek indulgence ni tengah menjadi-jadi dalam family saya..jadi macam biasa my books of everything inilah tempat rujukannya...tapi yelah bila kita buat sendiri tu, banyak rupanya step atau rule of thumb yang kita terlepas pandangkan...especiallynya saya lah tu..he..he..Maklum excited dan angan-angan nampak kek kita ni akan jadi secantik dan sesedap kek indulgence Secret Recipe..tapi hummm...hasilnya aduiiiii.... Jadi ikutilah kisah saya memula nak buat kek ni...

Sumber inspirasi : Indulgence Cake Secret Recipe

Step 1.Mencari resepi Kek Coklat Indulgence
Dua tempat SAHAJA yang saya rujuk. Untuk resepi seperti di bawah saya rujuk dan ambik di KEK INDULGENCE AZLITA MASAM MANIS (Izinkan saya CNP di sini ye..terime kasih) dan untuk langkah demi langkah  saya rujuk di resepi-chocolate-indulgenceberpeluh MAMAYAYANG.
Kesilapan 1 : Tak baca, fahami atau kaji lebih mendalam tentang resepi yang ada.
Ok..resepi dah ada ...sekarang nak cari bahan (tengok tu..betapa gelojohnya saya,sepatutnya baca dan fahami dulu resepi yang baru ditulis tadi)...

CHOCOLATE INDULGENCE
Sumber : Puteri Manja

INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....


CHOCOLATE CHIFFON
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM 
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR / Dairy) - DI PUKUL HINGGA PEKAT (saya beli non-dairy whipping cream)
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH (yg ni kena buat sehari utk simpan semalaman)
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR / dairy WC) - DI PUKUL HINGGA PEKAT (saya: non dairy WC)
2 TBSP GELATIN
50ML AIR

TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.

CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.

Step 2 : Baca dan Fahami Resepi 
Saya tak buat ni dengan betul-betul , that's bila pi beli barang tak tahu nak pilih yang mana. Lagi teruk boleh pulak tertinggal Bahan yang perlu dibeli ...aduyai...

Step 3 : Membeli dan Memillih Bahan yang betul.
Pilih tempat yang betul untuk membeli bahan-bahan dia. Seeloknya kedai bakeri ..tapi sebab dah lewat kedai bakeri dan tutup so pergilah menjelajah ke Tesco
List bahan perlu dibeli dah tulis:
1. 650 ml Anchor whipping cream
Masalah pertama Whipping Cream (pasal tak kaji resepi bebetul dulu)...mana satu nak pilih ni...ok resepi kata cari dairy whipping cream...tak ada pun tulis kat label dia dairy ke non dairy ke...yang ada UHT Whipping Cream macam President, Emborg (Anchor pulak tak ada), Whipped Cream dan Fresh Cream ...camana ni...karang salah beli naya...almaklum regenya boleh tahan... RM 20 lebih untuk mencukupkan 650 ml Whipping Cream yang diperlukan...Saiz pulak kecik (200 ml je..beso takde) ...RM7.50  x 4 kotak = RM28.20...tak jadi belilah...kot bukan macam yang dia nak.
Merayaplah pulak ke Rapid, cari benda ni...last beli jugak Whipping Cream jenama Emborg..dairy ke non dairy ke tak kisah dah..maklum takut Mr  Hubby marah, udahle memalam, hujan lebat pulak tu...Kat sini murah sikit RM 7.25 for 200 ml (saiz besar takde)
Kesilapan: Tak tahu mana whipping cream tawar atau manis...whipping cream tawar adalah dairy whipping cream aka UHT Whipping Cream @ double cream @ thickened cream seperti di bawah:

manakala non dairy whipping cream pulak ada rasa manis dan lebih mudah mengembang bila dipukul. Ia dilabelkan juga sebagai whipped cream / fresh cream / whip topping for cakes and pastries. Misalnya 

2. Gelatin Halal (Kena semak dulu status kehalalannya ye)
Yang ni sempat search internet, pilihan dibayangkan adalah Halagel Gelatin atau Nur...tapi boleh pulak sebesar-besar Tesco tu tak ada gelatin ni...tak jadi beli jugak .. (Last2 beli di Rapid jugak ..jenama tak ada..dia tulis Gelatin Halal.
 

3. 30 gm Serbuk Koko -settle kat Tesco

4. Coklat Masakan Hitam dan Putih - beli kat Tesco jugak..bila pi Rapid lagi banyak pilihan dan lagi murah...Aduhaila..

5. Susu Segar UHT...yang ni terlupa nak tulis, pasal tak baca resepi bebetul..dah nak mula buat mousse putih ... baru perasan...nasib baik Mr Hubby bermurah hati nak pergi beli kat kedai runcit depan...

6. Bahan-bahan lain seperti tepung naik sendiri, telur, mentega dll.. saya guna yang dah sedia ada kat rumah

Step 4: Buat Mousse Putih (Kena buat sehari sebelum buat keknya)
    WC yang terlebih pukul  akan berketul dan ada air
    WC yang dipukul dengan betul
  • Putar dulu Whipping Cream till kembang cam putih telur yang kembang soft peak tu...jangan terlebih pukul (jadi berketul dan bertukar warna cam kuning sesikit serta ada air)..Kalau terlebih pukul kenalah guna buat sapu roti atau jadi buttermilk untuk buat kek lain atau biskut..hu..hu..letak dalam peti ais.
  • Putar putih telur till berbuih sedikit, Masukkan gula, putar lagi sampai pekat, masuk semua gula, putar till jadi cam bergaris-garis dan bertanduk .
  • 2 camb Gelatin rendam dalam 50ml air- biar kembang (pekat cam agar-agar sikit), pastu masak secara double boiler till cair balik.Angkat
  • Patahkan coklat putih dalam bekas aluminium atau periuk bertangan , cairkan secara double boiler till semua cair. Masukkan kuning telur (pukul dulu sikit), kacau, masukkan gelatin cair tadi. Sebatikan dan angkat.
  • Tuang adunan putih telur ke dalam adunan coklat yang masih panas tadi.Kaup balik till sebati. Masukkan susu UHT.Kaup balik lagi.
  • Tuang whipping cream yang dah diputar tadi. Kaup balik till semuanya sebati. Tutup dan masukkan dalam peti ais (chiller) semalaman.
Step 5 : Buat kek Chiffon Coklat.
Ikuti langkah di atas (dalam resepi) dengan betul. Bila kek dah hampir masak, saya turunkan suhu oven kepada 150 sahaja dan guna api bawah sahaja. Karang hangus pulak atas dia...he..he. Dah sejukkan , potong kepada 4 lapisan...

Step 6 : Buat Mousse Hitam.
Stepnya lebih kurang dengan buat mousse putih. Bezanya mousse hitam tak letak susu UHT, tapi letak 1/2 camb mentega. Dan letak dalam peti ais selama sejam.
Step 7: Melapis kek.
Sebelum mula melapis, pastikan guna loyang yang lose base tin tu (jangan jadi cam saya, konon nak jimat tak nak beli loyang tu, lapis dalam dulang je, satu, dua lapis ok lagi..bila masuk lapis ketiga dia start nak menggelosongsor...sebab mouse belum mengeras lagi...waaaaa..tula ketegaq sangat..he..he).
Contoh lose base tin
 Yang lain-lain ikut step yang diberikan dalam resepi di atas. Dah siap lapis masuk dalam peti ais lagi semalaman.

Step 8: men'topping'kan kek (aduii la bahasa...fail..he..he)
semasa post ni ditulis, step ni belum lagi dibuat...jadi tak tahu lagi apakah kesilapan yang akan berlaku.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Faqih said...

Maaf sis..nak tanya bahan b tu kena buat meringue ke ?bila terbalikkan adunan tak tumpah tu ka..tq

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...