TARIKH : 10 - 13 / 10 / 2012
MASA : 8.00 - 12.00 tengahari dan 2.00 - 4.30 petang (setiap hari kecuali hari Sabtu yang tamat jam
12.00 tengahari
TEMPAT : Dewan ACS Sitiawan.
Pada 10 dan 11 Oktober, kursus adalah berkenaan dengan pendidikan jasmani. Manakalah 12 dan 13 Oktober pula berkaitan dengan pendidikan kesihatan.
Setiap peserta kursus dikehendaki membawa sendiri Kurikulum standard kedua-dua matapelajaran yang boleh di download dari kssr.bpk.my. Di sini, kami dibekalkan pula dengan dokumen standard prestasi dan CD untuk kedua-dua matapelajaran ini.
Barisan JU adalah terdiri daripada Cikgu Norhayati, Cikgu Fauzema, Cikgu Mohd Nor dan Cikgu Aida Suraya.
Intipati kursus antara lain adalah matapelajaran PJ diperuntukkan masa 60 minit seminggu dibahagi dua secara berselang hari. Manakala PK adalah tetap 30 minit dalam seminggu. Sepatutnya PJ bukan lagi direct 1 jam macam sekarang.
Bila hadir kursus ni, banyak idea camana nak ajar anak murid. Walau tak cukup alatan, kreativiti cikgu tetap menjadikan PJ sesuatu yang menarik dan bukannya tentang main bola sepak atau badminton semata-mata.
Untuk mendapat idea tentang pelbagai variasi permainan kecil boleh tengok di web TGfU ni Salah satu permainan adalah seperti ini ;
0 comments:
Post a Comment