Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBINA BLOG (FRESHIE)

Terlebih dahulu, saya nak mintak maaf kerana kandungannya mungkin tidak sesuai untuk mereka yang telah mahir blogging. Saya hanya ingin berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan kawan-kawan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blog.


  1. Wujudkan blog di Blogspot atau wordpress .
  2. Pilih background di thecutestblogontheblock.com atau hotbliggityblog atau mycutegraphics ( sekadar beberapa..banyak lagi sebenarnya. 
  3. Pasanglah pelbagai widget yang diinginkan dalam blog anda. (Ada blog yang menyenaraikan widget yang sesuai untuk blog. Misalnya 
    1. Blog zuarxpdc , 
    2. hiashiasblog.
    3. gadgets.iluvislam.com
    4. widgetindex
    5. al-habib
    6. widgetbox ,
    7. widget.klik1malaysia.com/
    8. mashable.com

 Sekiranya tak tahu nak pasang, sebenarnya banyak blog yang menyediakan tutorial atau cara memasang widget untuk blog. Tulis dan search sahaja di google.com. Pilih mana yang berkenan dan carilah apa yang dikehendaki kat situ. Antara blognya adalah:

  1. betatemplates
  2. tutorialuntukblog

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH-CONTOH BLOG TERBAIK



Sebelum membina blog, mungkin kita boleh melihat beberapa contoh blog di bawah sebagai panduan untuk kita ( Semua nya adalah pemenang NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT UPSI 2011).

KATEGORI SEKOLAH

  1. LAMAN PENGAJIAN AM CIKGU MALIQUE
  2. BLOG PERAKAUNAN SPM
  3. BLOG ICTL
KATEGORI IPT

  1. BLOG TESL
  2. BLOG PENSYARAH OUM
  3. BLOG PENSYARAH UPSI
KATAGORI TERBUKA

  1. JURNAL KEHIDUPAN
  2. FUNDAMENTAL
  3. SCIENCE FACTS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENULISAN BAHAGIAN C TAHUN 3 - NILAI MURNI

Berdasarkan pengalaman saya, murid-murid yang lemah akan sangat bermasalah untuk menjawab soalan penulisan bahagian c iaitu nilai murni. Selongkar kat gerobok google ni terjumpa satu buku yang saya rasa sangat baik untuk mereka (tapi buku ni untuk murid SJKC). Buku terbitan Huplick ini adalah seperti di bawah.


Dalam review books yang dikeluarkan di dalam buku, antara lain soalan yang ada di dalam buku ini adalah 

Selain itu, latihan nilai murni ini boleh dilihat di http://bm-upsr.blogspot.com atau di Nilai-murni-2012 ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PJ KSSR Tahun 3 : TEPUK RIANG RIA, Merry Go Round dan Round the Clock

Lanjutan daripada entry saya bertajuk kursus-kssr-dan-pbs-pjpk-tahun-3-2012, saya ingin berkongsi beberapa perkara menarik dan boleh dikatakan baru dalam subjek PJ iaitu pergerakan asas tarian.

Antaranya tepuk riang ria bersama dengan gerak kaki heel-toe dan step -close.

1. Heel-Toe dan Step - Close

Merry go round melibatkan gerakan polka.

2. Polka




Round the Clock melibatkan gerakan grapevine, joget, schottische dan pusing 4 sukuan.

3. Grapevine
4. Joget
5. Schottische
6. Pusing 4 sukuan

Cikgu PJ 2013 perlu ajar pergerakan-pergerakan di atas. Tapi kalau saya yang memang dah kaki bangku ni (memang mengaku seorang yang tak aktif sukan semenjak zaman sekolah lagi); usah nak ajar budak saya sendiri pun tak gheti nak buat...hentam sajalah labu jadinya....he..he.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KURSUS KSSR DAN PBS PJPK TAHUN 3 2012


TARIKH : 10 - 13 / 10 / 2012
MASA    : 8.00 - 12.00 tengahari dan 2.00 - 4.30 petang (setiap hari kecuali hari Sabtu yang tamat jam   
               12.00 tengahari
TEMPAT : Dewan ACS Sitiawan.

Pada  10 dan 11 Oktober, kursus adalah berkenaan dengan pendidikan jasmani. Manakalah 12 dan 13 Oktober pula berkaitan dengan pendidikan kesihatan.

Setiap peserta kursus dikehendaki membawa sendiri Kurikulum standard kedua-dua matapelajaran yang boleh di download dari kssr.bpk.my. Di sini, kami dibekalkan pula dengan dokumen standard prestasi dan CD untuk kedua-dua matapelajaran ini.

Barisan JU adalah terdiri daripada Cikgu Norhayati, Cikgu Fauzema, Cikgu Mohd Nor dan Cikgu Aida Suraya.

Intipati kursus antara lain adalah matapelajaran PJ diperuntukkan masa 60 minit seminggu dibahagi dua secara berselang hari. Manakala PK adalah tetap 30 minit dalam seminggu. Sepatutnya PJ bukan lagi direct 1 jam macam sekarang.

Bila hadir kursus ni, banyak idea camana nak ajar anak murid. Walau tak cukup alatan, kreativiti cikgu tetap menjadikan PJ sesuatu yang menarik dan bukannya tentang main bola sepak atau badminton semata-mata.

Untuk mendapat idea tentang pelbagai variasi permainan kecil boleh tengok di web TGfU ni Salah satu permainan adalah seperti ini ;


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) GURU

Bagi semua rakan-rakan guru, setiap kali tibanya hujung tahun pasti kita semua dikehendaki untuk menulis Sasaran Karja Tahunan (SKT) untuk tahun tu. Tercapai tak segala yang dirancang, berapa yang berjaya, berapa yang gagal dan sebagainya...

Bagi guru PPPLD, borangnya warna kuning seperti di atas, tapi bagi guru PPPS borangnya warna hijau.
Di sini ada beberapa contoh SKT yang mungkin boleh kita jadikan panduan..

  1. Contoh 1 ( Kredit : SMKBT)
  2. Contoh 2 ( Kredit : Blog Chegu Zam)
  3. Contoh 3 ( Ada 6 contoh SKT berbeza. Kredit Blog Cikgu Shamsuddin
  4. Contoh 4 ( Sama seperti contoh 1 rasanya. Kredit kepada Blog Jabatan Pelajaran Sabah)
  5. Contoh 5 
  6. Contoh 6 *
Sebenarnya, setiap sekolah ada format yang diinginkan. So, jadikanlah ini sebagai panduan sahaja. Terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOALAN UJIAN DARJAH 1 KSSR

Kompilasi soalan untuk tahun 1 ni boleh didowload untuk kegunaan sendiri atau untuk anak-anak yang masih di tahun 1.

BAHASA MELAYU

  1. soalan-ujian-tahun-1-2011 PEMAHAMAN
  2. SLIDE soalan-kssr-tahun-1
  3. ujian-bulan-tahun-1-mac-2011 PENULISAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...