Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

KOLEKSI BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA MELAYU

Ini sebenarnya akak dapat dari BLOG GURU MALAYSIA. Banyak info dan bahan menarik boleh didapati di blog ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA BUAT KEK TIRAMISU

Sekarang ni akak ada kegemaran baru....makan Kek Tiramisu ( sedap sungguh)... Dah dua kali order ngan mak budak yang akak ajar ni. Ni nasib baik cuti sekolah, kalau tak akak order lagi. Penangannya fuh tak boleh ceghita...best sungguh...sapa lah yang memula buat kek ni dulu ye (orang Itali le kot sebab kek ni dessert deme tu)...Sedap dan Senang dibuat..

Cuti sekolah ni adalah masa akak nak membuat kek ni... google punya google jumpalah resepi ni...(dari MY resepi ni). Nama tuan dia Puan Umie_e....Izinkan akak CNP resepinya di sini ye..terima kasih...

Bahan:
1 biji kek span / apa-apa kek (ada orang guna biskut marie/ biskut lady fingers)
250 ml whipping cream
200 ml cream cheese (250 gm)
1/2 cawan gula halus - untuk bancuh nescafe
1 cawan air panas
1 @ 2 camb serbuk nescafe / milo
serbuk koko / parutan coklat masakan - sebagai hiasan


Cara:

  1. Bancuh nescafe + air panas. ketepikan
  2. Pukul gula, cream cheese dan whipping cream till kembang dan gebu (guna mixer).
  3. Potong kek kepada 3 atau 2 bahagian.
  4. Susun 1 bahagian dalam bekas (lebih cantik bekas yang lutsinar)-jangan bertindih.
  5. tuangkan 1/3 bancuhan air nescafe atasnya.
  6. Sapukan 1/3 bahagian adunan cream (no.2). Taburkan serbuk koko- gunakan penapis teh.
  7. Ulang langkah 4,5 dan 6 hingga habis.
  8. taburkan serbuk koko dan parutan coklat masakan (kalau ada, takde pun takpe).
  9. Sejukkan selama 8 jam.
  10. Siap.Boleh makan. 
kalau nak tengok cara buatnya dalam bentuk video pun ada jugak, tengok sini...video dari jeBateja 25. TQVM

Selamat memasak...dan menikmatinya. Jangan makan banyak, nanti berat naik..hu..hu amaran untuk diri sendiri nih..hi..hi



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESEPI MAKANAN KELANTAN

Betullah kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Mana taknya, walau dah berpuluh tahun merantau tapi masakan Kelantan tetap di hati. Kalau dulu, balik Kelantan baru boleh makan, tapi sekarang ni sesetengahnya dah ada di jual di luar. (kebanyakkannya di buat oleh orang Kelantan yang merantau juga). Antara makanan ore kelate yang popular dan sedap - walau nama agak pelik- adalah (SILA KELIK UNTUK RESEPI):



3.LAKSA




7. TEPUNG GOMAK

8.BUDU + TEMPOYAK

9. ETOK




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KOLEH UBI BADAK


Kalau dengar namanya, memang pelik terutamanya untuk mereka yang bukan berasaal dari pantai Timur. Nak tengok rupanya, ini diaaaaaaaaaaaaa.....
Maaf cakap. Memang agak buruk. Tapi macam omputeh kata ' don't judge the book by it's cover'. Selepas di kupas, ubi badak (ada dua warna biru/ungu dan putih), rupanya akan kelihatan macamni..

dan selepas di masak , hasilnya memang mengancam kalbu.(pada sapa yang tak makan tu nak buat macamana kan?
Sebelum di potong.
Selepas di potong

Dah terliur?. Jom sama-sama kita memasak KOLEH UBI BADAK ni. ( Ingat hanya ubi badak biru je boleh dibuat koleh ni. Yang putih hanya untuk dibuat sayur)

Bahan-bahan :
3 ketul ubi badak saiz kecil ( kalau saiz besar seketul tu dah cukup)
6 camb gula ( kalau nak tawar, kurangkan dsbnya)
Air (Masukkan sehingga penuh periuk)
1 camt garam
2 cawan santan
1/2 tepung beras - cairkan dengan air.

Cara-cara:
  1. Kupas ubi sehingga ke isinya yang berwarna ungu tu. Basuh bersih-bersih. Potong kecil-kecil.
  2. Masukkan dalam periuk. isi air sehingga menutupinya ( air memang perlu banyak sebab kita nak hancurkannya).
  3. Selepas ubi empuk, tekan-tekankan dengan hujung senduk sehingga hancur. Jika masih keras, tambah lagi air.
  4. Jika semua ubi dah hancur, masukkan gula dan santan. Kacau sehingga sebati dan agak pekat. Rasa sedikit manis masinnya. 
  5. Cairkan tepung beras dengan air, kacau sebati (jangan berketul-ketul) dan masukkan bancuhan tu dalam periuk ubi tadi.
  6. Kacau lagi hingga koleh kita tu dah betul-betul pekat.
  7. Tutup api. tuangkannya dalam loyang atau bekas. Sejukkan lebih kurang 1 jam. (jika nak cepat masukkan dalam peti ais selepas ianya agak sejuk).
  8. Potong dan boleh di makan.

4.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MASALAH SELEPAS BERSALIN : TENTANG ANAK

Dah habis pantang, ibu dan sihat dan kembalik kepada normal. Sekarang ni timbul pulak isu tentang anak.

PERTAMA : ANAK BERAK HIJAU
Risau jugak dibuatnya bila Aqeel mengalami masalah ni. Pi jumpa doktor rupanya itu normal mungkin akibat perubahan hormon baby tu atau sebab dulu fully breastfeed tapi sekarang ni dah campur dengan susu tepung. Bukan apa dulu, masa dia minum susu S26 GOLD ok je. Tapi beberapa minggu selepas minum susuu s26 yang biasa je, baru masalah ni timbul. Kotle susu tu tak sesuai. Tapi dah doktor kata selagi dia sihat takda apa. takpalah.

KEDUA : BILA NAK MULA BAGI BABY MAKAN 
Walau dah anak ketiga, ini masih lagi isu. Dah tahu, baby hanya boleh diberi makan bila dia masuk 6 bulan tapi kepala masih serabut memikirkannya. Mana taknya. Semua orang dah cakap boleh dah 4 bulan bagi dia makan. Pastu Aqeel asyik lapar je. Jenuhlah nak bagi susu je. So akak pi le Kedai MANJAKU tu, belikan nestum beras (tapi untuk 6 bulan ke atas) . camne tu? Akak buat cair campur dengan susu dia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JADUAL / TARIKH IMUNISASI ANAK

Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus influenzae type b. Imunisasi merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui penggunaan vaksin.














Nota
  1.  Tiada Parut *  - BCG hanya akan diberi kepada kanak-kanak  yang tiada parut ketika  Tahun 1 persekolahan.
  2. B - Dos booster (Tambahan)
  3. DT - Diptheria dan Tetanus
  4. Sabah   # -  Dos ini diberi kepada kepada kanak-kanak di Sabah sahaja.
  5. Dos 1 ♀ -  Imunisasi Rubella diberi kepada kanak-kanak perempuan semasa Tahun 6  persekolahan. Rubella akan diberhentikan setelah  kanak-kanak yang mendapat imunisasi MMR dos pertama dan tambahan mencapai Tahun 6.

SUMBER : INFOSIHAT

TUJUAN SETIAP SUNTIKAN / IMUNISASI DIBERIKAN.

  1. Vaksin BCG - untuk mencegah penyakit Tibi (Tuberculosis)
    • Diberikan semasa baru lahir atau ketika di tahun 1 (jika tiada parut)
  2. Vaksin Hep B - mencegah penyakit Hepatitis B
    • 3 dos - ketika lahir, 1 bulan dan 5 bulan.
  3. Vaksin DPT + Hib - Penyakit Hib disebabkan oleh bakteria Haemophillus influenzae type b yang menyebabkan berlakunya radang selaput otak atau meningitis 
    • 3 dos - 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan
  4. Vaksin DT / DPT (Kombinasi Difteria, Tetanus, Pertussis)
    • Difteria - mencegah radang selaput hidung dan kerongkong.
    • Tetanus - mencegah kancing gigi
    • Pertussis - mencegah batuk kokol / batuk yang teruk
  5. Vaksin OPV ( Oral Polio Vaccine ) - mencegah virus polio yang menyerang sistem saraf (diberi melalui mulut).
  6. Vaksin Measles - mencegah penyakit campak
  7. Vaksin MMR - Kombinasi
    • measles -mencegah campak
    • mumps - mencegah beguk
    • rubella - mencegah rubella
  8. Vaksin Tetanus ( Kancing gigi) - Dos booster atau tambahan diberi ketika tingkatan 3
  9. Vaksin Rubella - diberi ketika di tahun 6
SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERKEMBANGAN BAYI BULAN DEMI BULAN
































BARU LAHIR ( NEWBORN)
photo of newborn baby with mom

  • Selalu menangis
  • Sukar tidur
  • Penglihatan nampak 'tak tentu hala'



BULAN PERTAMA


  • Bertindakbalas terhadap bunyi
  • mengangkat kepala




BULAN KEDUA


  • Buat bunyi 'ooo'
  • boleh tegakkan kepala sekejap




BULAN KETIGA


  • Kenal wajah dan bau ibunya
  • kepala boleh ditegakkan lebih lama
  • Mengikut sesuatu dengan lirikan mata




BULAN KEEMPAT
  • Senyum dan ketawa
  • Kepala tegak lebih lama
  • membalas 'oooo' bila ditegur






BULAN KELIMA


  • Bermain-main dengan tangan dan kaki sendiri
  • Bergolek sedikit









BULAN KEENAM


  • Bergolek dalam ke dua-dua arah
  • Berpaling ke arah bunyi / suara yang didengar
  • Meniru bunyi
Kredit: MILESTONES 1




BULAN KETUJUH

  • Duduk tanpa sokongan
  • Menarik objek ke arah diri sendiri
  • Meniru bunyi
  • Meniarap 




BULAN KELAPAN
  • Sebut 'dada' atau 'mama' (tak spesifik)
  • Boleh bertukar-tukar tangan apabila memegang benda/objek
  • mula merangkak / Meluncur ke hadapan






BULAN KESEMBILAN
photo of toddler at daycare
  • Berdiri dengan sokongan / bersandar pada sesuatu
  • Bercakap dengan sebutan lebih jelas






BULAN KESEPULUH


  • Merangkak dengan baik
  • melambai
  • Suka kutip barang sambil menggenggamnya



BULAN KESEBELAS

  • Menyebut 'mama' atau 'dada' kepada individu yang betul (spesifik)
  • Boleh berdiri sendiri sekejap
  • Bermain 'tepuk amai-amai' / ''ciku caak'





DUA BELAS BULAN / SETAHUN

  • Bercakap pelat
  • Membuat gerak badan untuk menyatakan apa yang diingini.




KREDIT:   MILESTONES 2

P/S: Perkembangan bayi adalah berbeza. Ada yang lebih cepat dan ada juga yang lambat sedikit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...