KLIK NUTP KEDAH UNTUK DOWNLOAD
TETAMU YANG DIHARGAI
SBPA DITANGGUHKAN?
Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA dijangka akan ditangguhkan.
Keputusan itu hasil pertemuan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Cuepacs, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di pejabatnya di Putrajaya pagi tadi.
Bagaimana pun belum ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu daripada pihak terbabit.
Pada pertemuan hampir satu jam itu, Cuepacs diwakili Presiden, Datuk Omar Osman berserta lapan pemimpin kanannya.
Turut hadir wakil badan gabungan Cuepacs.
Perlaksanaan SBPA sepatutnya berkuatkuasa satu Januari ini.
Badan itu bagaimana pun membantah sistem saraan baru berkenaan.
Cuepacs mahu diberi peluang perundingan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA sebelum skim dilaksanakan.
Tuntutan lain, 1.4 juta kakitangan awam perlu diberi maklumat tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen SBPA.
Biar betul!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Akak dah sign ni, camana?....
Dlam Utusan pulak cakap
PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau untuk melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen, kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengenai hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri hari ini. - BERNAMA
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
- gantikan kursus induksi
- syarat baru pengesahan
- persediaan awal
- modul ditambah baik
- penilaian sepanjang kursus tanpa ujian akhir
Pekeliling Berkait SBPA yang perlu diketahui
DAH SIGN SBPA...
AKhirnya dah terjwb kemusykilan selama ini...
1. Gaji
Cara kira tak sama cam yang dispekulasikan tu. (cuma musykilnya kenapa tak boleh publishkan sifir gaji tu kepada PA...nk rahsia rahsia lagi..heran jugak..)
Dikatakn sebelum ini bahawa cara kiranya adalah camni :
Contoh; skrg t1 pindah ke t2 ssm then baru lihat kat gaji terdekat sbpa = SALAH.
Yang betulnya, dalam sifir tu kita akan terus je pergi ke gaji lebih tinggi yang terdekat dengan gaji kita sekrang (dlam SBPA)... takde naik t nya tu dulu dalam ssm
Pstu untuk mereka yang TPG Julai dan Oktober diubah kepad TPG Januari... So akan ada kenaikn pergerakan gaji thunn lagi.
Misalnya, kalau skrg ni RM 2238.55 (T7) terus pergi ke RM 2375.00 (T3)... pda 1.1.2012.
Disebabkan Trikh Pergerakan Gaji Thunan adalah 1 Januari, so gaji pda bulan Januari tu akan jadi RM 2600 ( T4)
2. Opsyen 56 /58 / 60
Sign je 60, pastu nak pencen awai ka apa ka mohon je kendian...
3. Terima SBPA atau kekal SSM
Terima je...ada sorang kawn akak kata camni (nak quotelah..he..he)
Kita kena ikut majoriti , baru ada orang perjuangkan...Kalau ikut minoriti ni takde orang nak sokong...(so tepuk dada tanyalah diri masing-masing..
SEBAB CUEPACS BANTAH SBPA
Panas sungguh semenjak dua menjak ni ye. Majikan dok suruh sain...kebanyakannya pada 20/12...pastu cuepacs pulak kata jangan sain sblm depa pi jumpa PM 22/12 ni...Mana satu?
Poning akak memikiorkannyo....camano nak buat tu?
Sebab musabab kenapa SBPA ni dibantah adalah:
- EXIT POLICY - tidak bersetuju dengan polisi SBPA yang menyebut kakitangan awam yang memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kurang daripada 70 peratus, boleh dibersarakan awal.
- Tidak begitu jelas mengenai golongan yang menikmati kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak memanggil wakil kongres itu untuk merangka SBPA, kerana sebelum ini, ia turut terlibat dalam penggubalan sistem yang menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kepada Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).
- Masa untuk penjawat awam memilih singkat - hanya 15 hari
MEMAHAMI SBPA UNTUK GURU DG 41 (1-1)
Akak banyak membaca pelbagai tulisan blog untuk memahami SBPA ni . Maklum semenjak dua menjak ni akak sentiasa je 'blur and blank'..hi..hi
Salah satunya di MAT KEDAH
http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru
SKIM GAJI SBPA 2012
DG 41 = 1-1
DG 44 = 1-2
DG 48 = 1-4
DG 52 = 1-5
DG 54 = 1-6
Guru boleh mencapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalm perkhidmatan hanya 6 bulan dan 5 hari menduduki kursus induksi yang dijalankan.
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun
DG 44…RM 250
DG 48…RM 270
DG 52…RM 290
DG 54…RM 320
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505
Kredit kepada nescafeais
Kenaikan Pangkat di bawah SBPA 2012
Memandangkan kenaikan pangkat adalah bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan (bukan kekosongan jawatan) maka markah penilaian amat penting.
Markah penilaian 95 % ke atas - kenaikan gaji 15 %
Markah penilaian 85 % - 95 % - kenaikan gaji 8 %
Markah 75 % - tiada kenaikan gaji
Markah 70 % - disyorkan tamatkan perkhidmatan
SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
MAKLUMAN SBPA
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
- MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
- KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA













