Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

Pilihan Menu Diet dengan Susu Alpha Lipid SD2

ALPHA LIPID SD2/420 GM
Bila umur dan makin meningkat ni, berat badan senang nak naik. Pastu susah benor nak turunnya...tensen sungguh. Bila tengok recomendation dan iklan orang lain yang berjaya kurangkan berat badan menggunakan susu Alpha Lipid SD2..akak pun nak trylah juga..maklumlah teringin jugak nak berjaya cam deme tu...boleh ke?...
Akak beli pakej 2 tin dan keahlian dengan harga RM360... Dua tin untuk dua minggu je. 

Menunya seperti dibawah: ( Terima kasih kepadaalphalipid-powerbiz. akak copy n paste je)




1)Menu Breakfast(6gm karbohidrat)

2 biji telur rebus = 1-2gm 
1/3 cawan asparagus = 1gm
1 biji tomato = 5gm
1 cawan teh hijau tanpa gula = 0gm

2)Menu Lunch(11 gm karbohidrat):
Note;Makanan dari kedai di tempat kerja

2 ketul ayam goreng tanpa kulit = 0 gm
1 ketul fishcake =  bawah 6 gm
Campuran kubis dan carrot = 5gm
Cukupkan 3 gelas air kosong sekurang2nya

3) Menu Dinner(10 gm karbohidrat)

1 ketul ikan tongkol masak sambal = 4 gm
Campuran timun & tomato =  6 gm
Cukupkan 3 gelas air kosong sekurang2nya

4)Supper;Memadai ambil 2 skop sd2 tanpa hidangan


Gabungan karbohidrat untuk menu  diambil sehari  = 33 gm
***dikira pasti menjadi menu yg diambil dan pasti pembakaran lemak sedang berlaku pada hari itu!!!



Antara lain2 menu sepanjang 1 week termasuk  

  1. Banyakkan jenis salad sayur mentah yang dicampur cuka epal pun boleh @ sedikit mayonese jenama Heinz paling sikit karbo,
  2. Telur omelette bercendawan serta crabstik(hadkan ketul aje utk crabstik or tukar udang or ayam)
  3. Steak daging bersos tomato
  4. Light coleslow(kubis + karot)
  5. Ikan selar goreng
  6. Tomyam seafood
  7. Sup tulang
  8. Cauliflower kukus
  9. Popia udang istimewa tanpa kulit popia(diganti dgn kulit kubis cina yg dicelur hingga lembut)
  10. Sosej daging& ayam RAMLEE(hadkan sehingga 3 ketul) 
  11. Ayam roasted TESCO(1 ekor pun boleh ratah tau..klu suka janji buang tang lemak mcm kulit..yg Kenny Rogers pun boleh)!!!



Ni pula cadangan diet dari blog daniashop: (Terima kasih ye)


SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 - 250 ml air sejuk. Ulangi 4 kali sehari.
DUA - Kurangkan makanan berLEMAK, berKANJI dan berGULA.
TIGA - Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut.

  • 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.
  • Pengambilan buah-buahan adalah tidak dibenarkan semasa menjalani program ini kerana kandungan Karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 - 35 gram.


MENU CADANGAN BAGI DIET SDII
Dibawah ini kami sertakan menu cadangan yang berkesan bersama SDII meliputi sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. 
Penting: Pastikan minum SDII terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan.

SARAPAN PAGI
Menu-1 Minuman SDII, Sebiji telur + Daging + Keju Cheddar rendah lemak, 1 biji tomato saiz sederhana.
Menu-2 Minuman SDII, 2 Biji telur rebus, 1 biji tomato saiz sederhana.
Menu-3 Minuman SDII, 2 Biji telur hancur (scrambled) dan sayur campuran.
Menu-4 Minuman SDII, Sup telur dicampur hirisan ayam dan secawan kobis.
Menu-5 Minuman SDII, 2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran.
Menu-6 Minuman SDII, Sup berasaskan daging ayam, telur hancur (scrambled) dan Brokoli.
Menu-7 Minuman SDII, telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana.

MAKAN TENGAHARI
Menu 1 Minuman SDII, Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
Menu 2 Minuman SDII, ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng.
Menu 3 Minuman SDII, daging goreng kicap dan brokoli bersama udang.
Menu 4 Minuman SDII, Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
Menu 5 Minuman SDII, ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur.
Menu 6 Minuman SDII, stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang.
Menu 7 Minuman SDII, ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.

MAKAN MALAM :-
Menu 1 Minuman SDII, hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang.
Menu 2 Minuman SDII, Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
Menu 3 Minuman SDII, ayam yang dipanggang, tofu bersama daging kisar, serta sayur bayam.
Menu 4 Minuman SDII, hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran.
Menu 5 Minuman SDII, Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
Menu 6 Minuman SDII, adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia.
Menu 7 Minuman SDII, Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus.
SEBELUM TIDUR, AKHIR SEKALI MINUM SEGELAS AIR / BANCUH 1-2 SCOOP FIBER MAX DALAM 150ML AIR KOSONG.

p/s : minum air kosong sekurang2nya 2 liter sehari..lagi banyak lagi bagus.

Ni pulak menu dalam blog mamaeeja (Terima kasih banyak ye)

7.00 am : SARAPAN PAGI (BREAKFAST)
 
a) Alpha Lipid SD2 - 2 scoop (Carbo 2.3g)
b) Telur 1/2 masak - 2 biji (Carbo 2g)
c) Kicap Lemak Masin - 15ml (Carbo 4g)
d) Sosej - 2 ketul (Carbo 8g)
e) Cili Sos - 2 sudu (Carbo 0.1g)
f) Air Kosong

or  Alpha Lipid SD2  - 2 scoop (Carbo 1.5g) + Milo 3 in 1 (Carbo 13.4g)



12.00 pm : MAKAN TENGAHARI (LUNCH)

a) Alpha Lipid SD2 - 2 scoop (Carbo 2.3g)
b) Gulai Ikan Kembung - 1 ekor (Carbo 0.5g)
c) Tauhu - 2 keping (Carbo 4g)
d) Tomato - 1 biji (Carbo 5g)
e) Air Kosong - 0.5 liter (Carbo 0g)


7.00 pm : MAKAN MALAM (DINNER)

a) Alpha Lipid SD2 - 2 scoop (Carbo 2.3g)
b) Peha Ayam Panggang - 1/4 ekor (Carbo 0g)
c) Sup Kambing - 1 Mangkuk (Carbo 0g)
d) Salad - 1 cawan (Carbo 2g)
e) Air Kosong - 0.5 liter (Carbo 0g)



10.00 pm : SUPPER

a) Alpha Lipid SD2 - 2 scoop (Carbo 2.3g)
b) Air Kosong - 0.5 liter (Carbo 0g)
TOTAL CARBO : 30.6 gram (mesti kurang dari 35g sehari)
AIR KOSONG : 2 LITER SEHARI (minum dengan kerap)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...