Powered by Blogger.
RSS

TETAMU YANG DIHARGAI

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 IKAN HIASAN

Bahan-bahan untuk topik ini boleh dilihat di sini
1) Modul-Ikan-Hiasan-Kemahiran-Hidup
2) PPT IKAN-HIASAN
3) PPT IKAN HIASAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERUTUK DAGING



Last weekend, balik Kelantan sempena kenduri akikah anak saudara. Menunya yang tak boleh dilupakan adalah Kerutuk kambing...fuhhh sedap sungguh...So akak pun teringinlah nak mencuba....

Tapi akak guna daging lembu je...daging kambing takde..hi..hi...Resepi ni akak dapat dari internet..

1. DAGING KERUTUK 

( Sumber CnP : Dapur Hazila / Sumber asal: Makyong Myresepi)
500g daging

4 sudu besar rempah kerutuk

2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak


Cara Penyediaan
1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.

2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9. Siap untuk dihidang.



2.NASI BERIANI REMPAH FAIZA
Nasinya akak masak Nasi Beriani menggunakan rempah Faiza . kebetulan dah ada kat rumah...Resepinya ada di belakang bungkusannya...


Pastu sebagai hidangan tambahan akak masaklah hati goreng nii...

3. HATI GORENG KUNYIT & LADA HITAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram (terima kasih kak nor atas resepi yang sangat marvellous ni)

250gm hati lembu ~ dipotong
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
2 sudu besar kicap
1/2 cawan air
sedikit garam
1 labu bawang besar ~ dipotong baji
1 biji cili merah ~ dipotong serong
sedikit minyak

Perap hati lembu bersama serbuk kunyit, lada hitam yg ditumbuk dan kicap.
Panaskan minyak dan masukkan hati lembu tadi.
Goreng seketika dan masukkan air.
Biarkan merenih dan masukkan garam.
Bila kuah hampir kering masukkan bawang besar dan cili merah.
Kacau dan goreng sekejap hingga bawang dan cili layu.
Angkat dan hidangkan.

* Tip memasak hati lembu
1. Gaul hati lembu yg dah dipotong dengan sedikit gandum bersama sedikit air.
Perap dalam 15 minit dan bilas bersih. Toskan. Ini utk menghilangkan bau hati lembu tersebut.
2. Hendaklah memasak dengan api yg sederhana jer. Biasanya hati lembu yg dimasak dgn api yg besar/kuat akan jadi keras.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...